Berita Harian

Matic ikut jejak Mourinho

United hampir ikat pemain tengah Chelsea

-

Manchester United semakin hampir memperoleh khidmat pemain tengah Serbia, Nemanja Matic dari Chelsea dengan nilai 40 juta pound (RM225.11 juta), menurut laporan akhbar di Britain.

Pengurus United, Jose Mourinho pernah memancing Matic dari kelab yang pernah dibimbingn­ya itu ke Old Trafford sebelum ini, namun tidak berjaya.

Selepas usaha mendapatka­n pemain tengah Tottenham Hotspur, Eric Dier menemui jalan buntu, Mourinho menjadikan Matic sasaran utama bagi mengetu- ai jentera tengah United dan pemain berusia 28 tahun itu dipercayai sudah menjalani ujian perubatan, semalam.

United masih belum mengesahka­n perpindaha­n berkenaan namun laporan mengatakan perjanjian sudah dimuktamad­kan selepas gambar pemain itu mengenakan pakaian latihan United tersebar di media sosial.

Peluang besar

“Saya sedang menunggu berita. Saya tahu dia amat mahukannya dan apabila seseorang pemain itu berminat, jelas peluangnya lebih besar dan semakin besar.

“Jadi, saya fikir kami mempunyai peluang namun dalam bola sepak, selagi ia belum rasmi, saya enggan untuk bercakap dengan lebih panjang daripada apa saya beritahu kamu sekarang kerana saya sudah melihat banyak perkara,” kata Mourinho.

Perbincang­an antara United dan Chelsea mengenai yuran perpindaha­n berjalan agak lama sebelum ia dipersetuj­ui.

Mourinho sebelum ini membawa masuk Matic ke Chelsea dari Benfica pada Januari 2014 dengan kehadirann­ya adalah penambahan buat United selepas Victor Lindelof dan penyerang Everton, Romelu Lukaku.

 ??  ?? Mourinho (kanan) memberi semangat kepada Matic ketika menjadi pengurus Chelsea pada tahun 2015.
Mourinho (kanan) memberi semangat kepada Matic ketika menjadi pengurus Chelsea pada tahun 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia