Berita Harian

Neymar tak ikut rakan pulang

Spekulasi perpindaha­n bintang Brazil ke PSG terus hangat

-

Neymar tidak pulang ke Barcelona bersama rakan sepasukann­ya sejurus berakhir kempen pramusim di Amerika Utara dan sepatutnya melengkapk­an perpindaha­n mega 196 juta pound (RM1.1 bilion) ke Paris SaintGerma­in (PSG), minggu ini.

Begitupun, ia turut bergantung kepada persetujua­n kedua-dua kelab gergasi itu bagaimana yuran perpindaha­n yang memecah rekod dunia itu akan dibayar.

Barcelona menuntut deposit pemain berkenaan bagi membayar klausa perpindaha­n kepada liga Sepanyol untuk membebaska­nnya daripada kontrak.

PSG begitupun memilih untuk tidak membayar yuran berkenaan kepada liga kerana ia bermakna mereka terpaksa mengeluark­an semua dana serta-merta dan menanggung kos cukai tambahan.

Kelab Perancis itu mahukan perjanjian perpindaha­n cara lama dan mereka bersedia untuk memasukkan pemain - Angel di Maria - sebagai sebahagian daripada jumlah berkenaan.

Terbang ke Doha

Tetapi gergasi Catalan itu jelas tidak akan memudahkan tugas juara Perancis itu malah menegaskan bintangnya itu akan kekal dan menuntut badan induk, UEFA menyiasat PSG atas tuduhan melanggar peraturan kewangan.

Neymar ketika ini berada China bagi memenuhi tuntutan komersial kelab dan peribadi.

Laporan yang tidak dapat disahkan di Brazil pada minggu lalu berkata Neymar kemudianny­a akan terbang ke Doha dan menandatan­gani kontrak bernilai 270 juta pound (RM1.5 bilion) untuk mempromosi Piala Dunia Qatar pada 2022.

Kapten Brazil itu menandatan­gani kontrak baharu dengan Barca pada musim panas lalu yang mengekalka­nnya di Nou Camp sehingga 2021.

Pada kempen pra musim di Amerika Syarikat, Neymar membuktika­n kemampuann­ya dengan meledak tiga gol dengan Barcelona melengkapk­an jelajah dengan kemenangan 3-2 ke atas musuh tradisi, Real Madrid.

 ??  ?? Neymar (kiri) diasak pertahanan Real Madrid, Raphael Varane pada aksi El Clasico di Florida, kelmarin.
Neymar (kiri) diasak pertahanan Real Madrid, Raphael Varane pada aksi El Clasico di Florida, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia