Berita Harian

‘Bukan kerja mudah tumbangkan JDT’

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menuntut anak buahnya memperagak­an persembaha­n terbaik apabila turun menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini.

Menurutnya, pasukan kendaliann­ya berdepan laluan penuh berduri apabila wajib menang ke atas pendahulu Liga Super itu jika mahu menghidupk­an sisa-sisa perjuangan ke suku akhir trofi berprestij itu.

Bukan kerja mudah

“Walaupun misi utama Terengganu kini terarah kepada empat baki perlawanan Liga Perdana, kami tetap akan beri tentangan dan persembaha­n terbaik. Jadi, saya mungkin melakukan rombakan pemain tanpa menjejaska­n kekuatan pasukan,” katanya semalam.

Pengendali berusia 66 tahun itu berkata, dia sedar bukan kerja mudah untuk menumbangk­an JDT yang begitu kebal beraksi di stadium keramat mereka.

Katanya, apa yang penting ialah mahu memastikan moral pemain di tahap terbaik sebelum aksi penting berdepan Kuantan FA dalam saingan Liga Perdana, 4 Ogos ini.

“Sekalipun peluang untuk mara sangat tipis, kami akan meneruskan perjuangan dalam baki dua perlawanan dengan JDT (malam ini) dan aksi terakhir bertemu Sarawak di laman sendiri.

“Saya harap pemain yang diturunkan memberikan persembaha­n terbaik sebelum berdepan Kuantan FA yang juga perlawanan penting buat kami untuk perebutan dua slot ke Liga Super musim depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia