Berita Harian

Tonggak Kedah kepenatan

Nidzam ambil risiko turun barisan muda hadapi UITM FC

- Oleh Izzali Ismail

Pendahulu Kumpulan C, Kedah dijangka mempertaru­hkan kudrat pemain muda apabila turun melayan kunjungan UITM FC dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam ini.

Ketua jurulatih pasukan, Nidzam Adzha Yusoff bagaimanap­un menegaskan keputusan itu bukan bermakna dia memperleke­h cabaran skuad kendalian Wan Mustaffa Wan Ismail yang melakar kejutan menewaskan Kelantan, Sabtu lalu.

“Saya mungkin menurunkan pemain muda untuk beri peluang beberapa tonggak yang jelas kepenatan berehat selepas mengharung­i sembilan perlawanan pada bulan lalu.

“Saya perlu berani mengambil risiko itu kerana tiada guna menurunkan tonggak terbabit jika mereka tidak cergas. Jadi, lebih baik menurunkan beberapa pemain muda yang cergas dan mampu memperagak­an aksi lebih baik,” katanya semalam.

Tahap kecergasan

Nidzam berkata, antara pemain muda yang bermain di kepalanya ialah pemain tengah Amirul Hisyam yang tiada dalam senarai pemain dan tiga pemain yang cedera sebelum ini, penyerang Syafiq Ahmad, penjaga gol Ifwat Akmal dan pemain bek kiri Ariff Farhan.

“Saya jangkakan Amirul Hisyam sudah bersedia untuk diturunkan termasuk seorang lagi pemain muda di bahagian pertahanan iaitu Syawal Nordin yang diturunkan dalam beberapa perlawanan lalu,

“Namun tiga lagi pemain yang cedera (Syafiq, Ifwat dan Ariff), saya perlu lihat tahap kecergasan mereka dahulu sebelum membuat keputusan,” katanya.

Kedah yang mendahului kumpulan dengan sembilan mata akan mengesahka­n kemaraan ke suku akhir sekiranya menewaskan UITM FC.

 ??  ?? Nidzam bercadang memberi semula peluang kepada Amirul Hisyam beraksi selepas berehat panjang.
Nidzam bercadang memberi semula peluang kepada Amirul Hisyam beraksi selepas berehat panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia