Berita Harian

Percaturan Durakovic

Cadang turun barisan kedua jumpa Kuala Lumpur

- Oleh Azizan Hashim

Perak yang sudah layak ke suku akhir dijangka menurunkan barisan kedua apabila turun melayan kunjungan pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini.

Ketua jurulatih, Mehmet Durakovic mengakui ia adalah peluang terbaik untuk merehatkan pemain tonggak yang keletihan dan mengalami kecederaan.

“Majoriti pemain keletihan dan ada yang mengalami kecederaan. Jadi, inilah masanya saya rehatkan mereka selepas beraksi enam perlawanan.

“Ini juga sebagai hadiah kepada pemain selepas membantu pasukan layak ke suku akhir selepas lima tahun,” katanya pada akhir sesi latihan semalam.

Durakovic memuji anak buahnya yang mempamerka­n semangat juang kental dalam empat perlawanan yang menyaksika­n mereka menduduki tangga teratas kumpulan.

Teruja sokongan penyokong

“Bagaimanap­un, apa juga keputusan yang dibuat malam esok (malam ini) akan mengambil kira keperluan pasukan,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama dia juga tidak mahu persembaha­n Perak yang buat kali pertama beraksi di luar Ipoh berikutan penutupan sementara stadium itu selama dua minggu terjejas sekiranya melakukan rombakan besar-besaran ke atas pasukan.

“Saya tidak mahu kami kalah perlawanan ini. Saya yakin penyokong akan hadir untuk memberi sokongan dan mahu lihat kejayaan pasukan.

“Justeru, saya akan kaji dan teliti semua aspek sebelum buat keputusan,” kata jurulatih itu yang teruja dengan sokongan penyokong Perak ketika bertemu PKNS FC dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

 ??  ?? Pemain Perak, Mohd Nazrin Nawi (tengah) dan rakan sepasukan meraikan gol kedua ketika menentang perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. PKNS FC pada
Pemain Perak, Mohd Nazrin Nawi (tengah) dan rakan sepasukan meraikan gol kedua ketika menentang perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. PKNS FC pada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia