Berita Harian

Pahang perlu tewaskan PKNP FC

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pahang yang masih belum melakar kemenangan dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia, tiada pilihan lain kecuali menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pemain tengah skuad Tok Gajah, Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria mengakui skuad Tok Gajah perlu menang ke atas kelab dari Perak itu jika mahu beraksi pada suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Wan Zaharulniz­am atau Kecik berkata, mereka tidak boleh kehilangan mata memandangk­an skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu sudah mengesahka­n slot ke suku akhir tatkala dua lagi pasukan iaitu Negeri Sembilan dan T-team juga masih berpeluang berbuat demikian.

Justeru, pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu mengharapk­an skuad itu dapat beraksi dengan lebih baik terutama memanfaatk­an peluang beraksi di laman sendiri dengan mengutip tiga mata berharga.

Makan diri

“Kami akui perlawanan esok (malam ini) amat penting dalam menghidupk­an semula peluang ke suku akhir dengan kami jelas tiada pilihan lain kecuali menewaskan PKNP FC,” katanya semalam.

Wan Zaharulniz­am bagaimanap­un berkata, skuad itu tidak boleh memandang mudah pertemuan dengan PKNP FC kerana kelab itu berada pada prestasi terbaik ketika ini tanpa kalah dalam empat perlawanan.

Justeru, dia bersama rakan sepasukan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan yang boleh memakan diri.

“Saya harap kelebihan di laman sendiri serta sokongan daripada penyokong akan mengembali­kan prestasi lebih baik,” kata pemain berumur 26 tahun itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia