Berita Harian

Hajat 19 tahun tertunai

10 pelanggan bertuah Hypptv saksi Inter Milan lawan Chelsea di Singapura

- Oleh Syafiq Aznan

Penantian 19 tahun penyokong Inter Milan, Mohd Fauzi Othman untuk menyaksika­n pasukan kegemarann­ya beraksi di depan mata akhirnya tertunai selepas dia berpeluang menonton aksi gergasi Serie A itu bertemu Chelsea di Stadium Nasional, Singapura, hujung minggu lalu.

Lebih manis, dia menyaksika­n sendiri pasukan kegemaran yang sudah diminati sejak tahun 1998 itu memenangi Piala Kejuaraan Antarabang­sa 2017 (ICC2017) selepas muncul juara kumpulan dengan menundukka­n juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menerusi keputusan 21 pada aksi Sabtu lalu.

“Memang sukar untuk dipercayai apabila dapat menyaksika­n bintang Inter Milan yang selama ini hanya ditonton di hadapan kaca televisyen beraksi di hadapan mata sendiri.

“Satu keterujaan yang begitu berbeza apabila menyaksika­n perlawanan ini secara langsung. Malah saya berasa saya bagai berada di San Siro menonton perlawanan ini bersama kelompok penyokong Inter Milan yang lain.

“Jika hendak menyaksika­n perlawanan pasukan ini di Itali sudah pasti menelan kos yang besar. Jadi terima kasih kepada Hypptv kerana menjadikan impian saya ini sebagai satu kenyataan,” katanya.

Kenangan manis

Mohd Fauzi yang berasal dari Pulau Pinang itu adalah antara 10 pelanggan bertuah yang memenangi peraduan eksklusif yang dianjurkan perkhidmat­an penstriman TV dan video dengan mereka dibawa menonton pertembung­an dua gergasi Eropah itu secara langsung menerusi hadiah 'ICC2017 Bus-away'.

Sementara itu, selebriti Hypptv yang juga pelakon, Putra Amaris menyifatka­n peluang menyaksika­n aksi bertaraf dunia itu sebagai kenangan manis buat dirinya.

“Jujurnya, memang keletihan kerana tidak sempat berehat apabila perjalanan dari Kuala Lumpur terus menuju ke stadium untuk menyaksika­n perlawanan namun selepas menonton aksi ini di depan mata, kepenatan yang dirasai serta merta lenyap.

“Saya mengharapk­an Hypptv akan meneruskan program sebegini pada masa akan datang sebagai tanda penghargaa­n kepada semua pelanggan Hypptv selain memberi peluang kepada mereka menonton aksi pasukan kegemaran masing-masing,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia