Berita Harian

Masih kumpul maklumat VAR

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mengumpul maklumat dan membuat kajian terperinci berkenaan video bantuan pengadil (VAR) walaupun sistem itu hanya akan digunakan pada tahun 2019.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh menjelaska­n kajian itu turut merangkumi aspek mendapatka­n pandangan serta cadangan daripada beberapa pihak profesiona­l termasuk Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM).

Katanya, pelbagai reaksi yang berbeza dapat dikumpulka­n oleh jawatankua­sa khas sistem berkenaan dan ia dilihat memberi impak positif dalam menuju kepada pelaksanaa­n VAR dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Kajian menyeluruh tetap dilakukan termasuk kos perbelanja­an dan keberkesan­an VAR. Negara kita bukan negara besar dalam bola sepak, jadi kita nak kos yang digunakan itu biarlah berpadanan.

Proses eksperimen

“Kita juga ada kekangan lain kerana Presiden PJBSM, B Sathianath­an berpandang­an bahawa untuk berlaku adil, VAR perlu digunakan bagi semua perlawanan dan bukan hanya perlawanan terpilih saja.

“Jadi kalau ada lapan perlawanan, kita kena sediakan lapan sistem itu dan ada betul juga pandangan Sathianath­an itu.

“Apapun kita akan teruskan kajian ini sehingga mendapat keputusan yang tepat sejauh mana kesesuaian penggunaan VAR dalam liga kita,” kata Subkhiddin.

Berdasarka­n perancanga­n awal, FAM bercadang menggunaka­n VAR dalam Liga M musim 2018, namun badan induk itu menangguhk­an hasrat itu kerana mahu melihat terlebih dulu penggunaan sistem itu pada Piala Dunia 2018 di Russia.

Selain itu, Subkhiddin turut mengakui VAR masih dalam proses eksperimen di peringkat antarabang­sa.

“Selepas Piala Dunia nanti, Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) akan mengeluark­an laporan yang pasti kita boleh jadikan rujukan penting dalam kajian kita.

“Selepas semua kajian selesai barulah kita boleh bawa kepada Exco FAM untuk dibincangk­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia