Berita Harian

‘Mahu tiru macam Chong Wei’

Selepas muncul juara remaja Asia, Jun Hao sedia mengorak langkah

- Oleh Helmi Talkah

Selepas kejayaan muncul juara remaja Asia kelmarin, Leong Jun Hao enggan lagi menoleh ke belakang sebaliknya bertekad untuk menjadi seperti idolanya, Datuk Lee Chong Wei.

Walaupun sedar dengan cabaran yang bakal dihadapi dalam usaha menjadi pemain bertaraf dunia, namun Jun Hao sentiasa menjadikan Chong Wei sebagai motivasi buat dirinya untuk turut berjaya.

“Saya kagum dengan semangat Chong Wei, setiap hari saya melihat dia menjalani latihan. Apa yang dilakukann­ya sangat luar biasa, jika dia boleh mengapa saya tidak.

“Saya cuma perlu terus bekerja keras kerana perjalanan saya masih jauh. Chong Wei adalah idola saya dan saya mahu mengikut jejak langkahnya,” kata Jun Hao ketika ditemui sebaik tiba dari Jakarta, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Jun Hao melakar kejutan apabila muncul juara remaja lelaki Asia selepas menewaskan pemain China, Bai Yupeng 21-6, 2022, 21-17 sekali gus menamatkan kemarau empat tahun kejuaraan itu sejak Soo Teck Zhi menjadi pemain terakhir Malaysia menjuarain­ya pada 2013 di Kota Kinabalu, Sabah.

Laluan lebih mencabar

Selain pingat emas dimenangi Jun Hao, Malaysia turut meraih tiga gangsa di Jakarta menerusi perseorang­an wanita, Eoon Qi Xuan, beregu lelaki, Chia Wei Jie-ng Tze Yong dan acara berpasukan campuran.

Mengulas lanjut, Jun Hao, 18, berkata fokusnya kini adalah bagi melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Jogjakarta, Oktober depan.

Walaupun memegang status sebagai juara Asia namun Jun Hao menegaskan ia bukan jaminan untuk dirinya merangkul gelaran juara sebaliknya mengakui bakal berdepan laluan lebih mencabar.

“Jepun tidak mengambil bahagian dalam acara individu pada Kejohanan Asia kali ini manakala China pula pasti akan tampil dengan kekuatan berbeza. Jadi, sudah pasti undian juga akan berbeza dan itu sekali gus membuatkan ia sesuatu yang sukar diramal.

“Apa pun saya tetap akan kekal fokus dalam latihan. Saya pasti dengan bimbingan jurulatih, saya mampu membuat persiapan yang terbaik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Skuad remaja kebangsaan,(dari kiri) Ng Tze Yong, Jun Hao, Chia Wei Jie dan Eoon Qi Xuan memperaga pingat kejuaraan selepas kembali dari Jakarta, semalam.
Skuad remaja kebangsaan,(dari kiri) Ng Tze Yong, Jun Hao, Chia Wei Jie dan Eoon Qi Xuan memperaga pingat kejuaraan selepas kembali dari Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia