Berita Harian

Kim Swee dapat pemain

Mampu himpun barisan terbaik menjelang saingan Sukan SEA

- Oleh Syafiq Aznan

Pengendali skuad Bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee dijangka tidak berdepan masalah menghimpun­kan barisan pemain terbaik dalam usaha meraih ibu segala pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang bermula 14 Ogos ini.

Keyakinan itu disuarakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menegaskan tidak ada alasan untuk mana-mana pasukan yang enggan melepaskan pemain bagi menyertai latihan pusat skuad B-22 memandangk­an tiada lagi aksi Liga Malaysia (Liga M) yang berlangsun­g ketika saingan KL2017 bermula.

“Latihan pusat skuad B-22 akan bermula pada 6 Ogos iaitu sehari selepas aksi Liga Perdana serta Liga Super dihentikan dan Kim Swee akan memanggil semua pemain untuk melapor diri pada tarikh itu.

“Jadi, saya melihat tidak ada masalah untuk Kim Swee memanggil semua pemain yang dimahukan termasukla­h enam pemain yang tidak dilepaskan sebelum ini memandangk­an saingan liga sudah berhenti ketika itu,” katanya pada sesi latihan skuad futsal wanita di Kompleks Sukan Panasonic, di sini, semalam.

Layak secara merit

Sebelum ini, persiapan skuad B-22 bagi mengharung­i Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 berdepan masalah apabila beberapa pasukan seperti Pulau Pinang, Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkeras untuk tidak melepaskan pemain mereka susulan pertindiha­n jadual dengan aksi domestik.

Situasi ini memaksa Kim Swee untuk melupakan khidmat enam pemain terbabit dan selepas dibelenggu masalah kecederaan, Kim Swee sekadar membariska­n 22 pemain bagi mengharung­i pusingan kelayakan yang berlangsun­g di Bangkok itu.

Namun kesukaran yang dihadapi tidak menjejaska­n prestasi pasukan itu apabila mereka memperaga aksi cemerlang sehingga berjaya melayakkan diri secara merit ke saingan berprestij yang akan berlangsun­g di China, Januari tahun depan.

Bagaimanap­un, Hamidin enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan yang bakal dikenakan oleh FAM ke atas mana mana pasukan yang tetap berdegil tidak melepaskan pemain untuk persiapan menghadapi temasya dwitahunan itu.

“Mengenai perkara itu (tindakan FAM), kita tunggu sehingga 6 Ogos nanti. Tetapi saya percaya pasukan tidak akan ada masalah untuk melepaskan pemain mereka menyertai skuad B-22,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia