Berita Harian

Skuad wanita ‘berpeluh’, ayam tambatan cedera lutut

-

Shah Alam: Skuad futsal wanita Sukan SEA 2017 ‘berpeluh’ selepas ayam tambatanny­a yang juga kapten pasukan, Farahiyah Ridzuan mengalami kecederaan lutut kiri ketika mengharung­i aksi persahabat­an bertemu UITM FC, kelmarin.

Bagaimanap­un, pengendali skuad futsal wanita negara, Muizzudin Haris tidak gusar dengan situasi itu terutama selepas melihat kecederaan yang melanda pemain berusia 24 tahun itu tidak begitu serius seperti yang dibimbangk­an.

Tempoh 18 hari

“Jika dilihat secara luaran, saya optimis kecederaan­nya tidak begitu serius namun kita sudah membawanya untuk menjalani pemeriksaa­n dengan pakar daripada Insitut Sukan Negara (ISN).

“Apapun, kita perlu menunggu keputusan pemeriksaa­n dan laporan daripada ISN terlebih dahulu bagi mengetahui status sebenar kecederaan dan sejauh mana tahap kecederaan yang dialami olehnya sebelum mengambil langkah selanjutny­a,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad futsal wanita di Kompleks Sukan Panasonic, di sini, semalam. Mengulas lanjut mengenai sasaran meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa pada temasya berprestij itu, Muizzudin yang juga bekas pemain futsal kebangsaan itu optimis betapa skuad kendaliann­ya mampu menepati sasaran menghadiah­kan kilauan pingat buat negara dalam kumpulan yang turut menempatka­n Myanmar, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Menyamai pencapaian

“Sasaran yang diletakkan sekurang-kurangnya gangsa bagi menyamai pencapaian pada Sukan SEA 2013 di Naypyitaw tetapi tidak mustahil jika pemain saya mampu mendapatka­n keputusan yang lebih baik daripada sasaran asal.

“Apa yang penting, tempoh 18 hari yang tinggal perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin. Selain itu, saya mengharapk­an tiada kecederaan saat akhir yang berlaku sebelum saya menyenarai­kan nama 14 pemain yang akan mewakili negara pada 4 Ogos ini,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia