Berita Harian

Bumbung stadium siap sebelum 19hb

- Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Kerajaan Selangor yakin kerja mengganti bumbung Stadium Shah Alam yang rosak dapat disiapkan sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bermula 19 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Sukan, Kebudayaan dan Pembanguna­n Usahawan Negeri Selangor Amirudin Shari berkata, sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bahagian bumbung yang rosak itu dijangka siap pada sesi lawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 11 Ogos nanti.

“Kerajaan Negeri sudah luluskan peruntukan untuk penggantia­n atap bumbung stadium yang tercabut baru-baru ini dan selain bumbung, stadium berada dalam keadaan baik termasuk padang.

“Mengikut pengalaman, saya yakin kita boleh siapkan sebelum acara sukan bermula dan kini kita menunggu maklum balas daripada pihak penganjur jika mereka ada sebarang penambahan,” katanya ketika ditemui selepas Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 peringkat Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Kelilingi sembilan daerah

Sementara itu, larian obor yang bermula dari Dataran Shah Alam itu disertai lebih 100 kakitangan awam termasuk dari Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan wakil daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.

“Obor ini kita terima dari Pahang semalam dan ia akan dibawa mengelilin­gi sembilan daerah di negeri ini dan berkemungk­inan mengambil masa tiga hari atau lebih.

“Hari ini kita serahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Amin Ahya sebelum diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Langat, Rosli Othman untuk dibawa ke sana,” katanya.

 ??  ?? Amiruddin (empat dari kiri) bersama peserta larian obor di Dataran Dewan Negeri Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, semalam.
Amiruddin (empat dari kiri) bersama peserta larian obor di Dataran Dewan Negeri Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia