Berita Harian

Aifa rasa semakin ghairah

Kejayaan raih perak di New Zealand jadi pembakar semangat

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Pemain skuasy negara, Aifa Azman optimis kejayaan meraih pingat perak pada Kejohanan Berpasukan Remaja Wanita Dunia mampu membangkit­kan semangatny­a memperagak­an aksi terbaik menjelang penampilan sulung di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), pertengaha­n bulan ini.

Menurutnya, walaupun tidak dapat membantu pasukan meraih emas selepas tumpas kepada Mesir dalam perlawanan akhir di New Zealand, setidaktid­aknya dia mampu mempelajar­i sesuatu terutama bersama pemain yang lebih senior seperti Andrea Lee dan Zoe Foo.

“Saya banyak bermain dengan pemain lebih senior dan di Sukan SEA nanti juga saya akan berganding­an bersama pemain senior (Rachel Arnold),” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Aifa yang baru berusia 16 tahun, berjaya memperbaik­i pencapaian Malaysia di kejohanan berkenaan bersama Andrea dan Zoe serta pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2016, S Sivasangar­i apabila pada edisi terdahulu (2015) skuad negara terkandas di separuh akhir.

Semangat luar biasa

“Pingat perak yang saya dapat di New Zealand akan memberikan saya satu semangat luar biasa untuk membantu negara mempertaha­nkan emas berpasukan wanita di Sukan SEA. Saya juga tidak sabar untuk berganding­an bersama Rachel dalam acara beregu wanita.

“Bagi saya persiapan berpasukan wanita semuanya berjalan lancar namun untuk beregu saya mempunyai tempoh tidak sampai sebulan mempersiap­kan diri bersama Rachel. Memang sedikit sukar kerana dia tidak berada di sini, tapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya.

Rachel bagaimanap­un masih berada di Manchester bersama beberapa lagi pemain senior negara menyertai Kejohanan Beregu Dunia yang berlangsun­g hari ini hingga Sabtu.

“Ini adalah penampilan pertama saya di Sukan SEA, jadi beraksi di tempat sendiri mungkin memberikan sedikit kelebihan kerana kami sudah biasa bermain di sini,” katanya.

Aifa yang berasal dari Kedah berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Remaja Britain pada 2013 (Bawah 13 Tahun) dan 2016 (B-15).

Acara skuasy menawarkan sembilan pingat emas di Sukan SEA dan akan diadakan di Pusat Skuasy Nasional dari 21 hingga 29 Ogos ini.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Aifa (dua dari kanan) dan rakan sepasukan menunjukka­n pingat yang dimenangi di KLIA, semalam.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Aifa (dua dari kanan) dan rakan sepasukan menunjukka­n pingat yang dimenangi di KLIA, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia