Berita Harian

PBJM kaji tambah 400 tempat duduk

- Oleh Azidan Nahar

Kuala Lumpur: Bahagian teknikal Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) sedang membuat kajian terperinci untuk memohon mendapatka­n tempat duduk tambahan bagi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang disingkap tirainya secara rasmi 19 Ogos ini.

Setiausaha Kehormat PBJM, Zainon Md Noh, berkata pihaknya sedang cuba sedaya upaya untuk menambah tempat duduk di lokasi pertanding­an dekat Stadium Juara Bukit Kiara memandangk­an permintaan yang amat tinggi oleh penonton.

“Jumlah sebenar sedang diteliti bahagian teknikal kami dan boleh dikatakan kami bercadang untuk menambah antara 300 hingga 400 tempat duduk tambahan bergantung kepada laporan yang akan disiapkan minggu ini,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, skuad bola jaring negara mendapat rangsangan tambahan apabila tiket untuk acara itu sudah habis dijual, tidak sampai tujuh jam ia dibuka untuk dijual secara atas talian pada 4 Julai lalu.

Laluan kecemasan

Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) juga menyatakan Stadium Juara boleh memuatkan 1,000 penonton dan pihaknya akan melihat kemungkina­n menambah kepada 1,200 atau 1,300 kapasiti penonton.

Zainon menjelaska­n, ketika ini kapasiti sebenar untuk tiket ialah sekitar 800 lebih tempat duduk memandangk­an pihaknya perlu menyediaka­n tempat untuk VIP serta pasukan yang bertanding.

“Jumlah itu agak sedikit dan kami jangkakan bahagian teknikal mampu menyediaka­n laporan untuk menambah antara 300 hingga 400 tempat duduk selepas meneliti pelbagai aspek termasuk laluan kecemasan dan aspek keselamata­n.

“Laporan berkenaan akan disiapkan minggu ini untuk dihantar kepada MASOC bagi tindakan seterusnya,” katanya.

Mengenai gelanggang yang dikatakan masih belum siap, Zainon menjelaska­n semua masalah kecil sudah diperbaiki selepas ujian sebelum pertanding­an minggu lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia