Berita Harian

Lagu kedua KL2017 dilancar

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) melancarka­n satu lagi daripada tiga lagu tema temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017), semalam.

Menurut kenyataan MASOC, lagu itu yang berjudul Tunjuk Belang dinyanyika­n tiga artis terkenal tanah air iaitu Loque, Azlan (The Typewriter) dan Malique.

Lagu berdurasi empat minit itu ditulis dan diterbitka­n oleh Loque, manakala penyanyi rap terkenal Malique turut menulis lirik dan elemen rap lagu berkenaan.

“Loque yang juga dikenali sebagai Monoloque adalah pengasas dan bekas komposer utama bagi kumpulan muzik Butterfing­ers. Hasil karya beliau bersama kumpulan itu pernah mendapat beberapa pencalonan di Anugerah Industri Muzik (AIM) Malaysia.

“Kecenderun­gan beliau kini terhadap muzik yang bersifat nusantara menjadikan karyanya di dalam lagu Tunjuk Belang ini sesuai untuk cita rasa penonton KL2017 yang berbeza di seluruh rantau ini,” kata kenyataan itu.

Turut sama dilancarka­n semalam adalah video muzik bagi lagu itu yang diarahkan oleh Daryl Emuang dan boleh ditonton di saluran Youtube rasmi KL2017.

Video aksi atlet

Rakaman video muzik itu juga memaparkan beberapa aksi menarik termasuk penggambar­an di atas bumbung sebuah bangunan di Kuala Lumpur dan juga petikan video aksi kemenangan atlet negara seperti Ziyad Zolkefli, Latif Romly, Cheong Jun Hoong dan Azizulhasn­i Awang.

Lagu dan video muzik bagi Tunjuk Belang boleh dimuat turun daripada aset digital KL2017 iaitu di akaun rasmi Youtube dan akaun media sosial KL2017 lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Sebelum ini lagu tema yang berjudul So Many Hands nyanyian Mia Palencia sudah dilancarka­n pada 13 Julai dan diguna pakai dalam iklan rasmi KL2017 bertajuk

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia