Berita Harian

Model pertama PROTON, Geely keluar tahun depan

Dua rakan strategik rancang tembusi pasaran ASEAN dengan teknologi dimiliki

- Oleh Shahrizan Salian

PROTON Holdings Bhd (PROTON) dijangka mengeluark­an kereta pertama yang mengguna pakai teknologi rakan strategikn­ya, Zhejiang Geely Holdings Group (Geely) seawal tahun depan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata keduadua syarikat itu kini sedang menumpukan proses penyusunan struktur baharu pengeluara­n di kemudahan PROTON di Tanjung Malim bagi memudahkan pemindahan teknologi firma automotif China itu.

Katanya, langkah berkenaan penting kerana di bawah pakatan strategik itu, Geely bukan hanya akan memasang model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dibina dengan teknologi kepintaran buatan, Bouye di Tanjung Malim, malah firma China itu juga mahu membangunk­an teknologi pemanduan sebelah kanan di Malaysia.

Tembusi pasaran ASEAN

“Bersama PROTON, mereka mahu meneroka pasaran ASEAN dan kami berharap PROTON dengan teknologi miliki Geely akan dapat menembusi pasaran ASEAN. Dengan jumlah penduduk seramai 620 juta orang, ASEAN sebuah pasaran yang tidak boleh dilupakan.

“Justeru, dalam tempoh lima tahun ini, PROTON perlu menyelesai­kan keseluruha­n struktur ini, manakala kereta pertama PROTON dengan teknologi Geely pula dijangka dikeluarka­n lebih awal daripada itu. Bermula sekarang, kerjasama itu sudah pun bermula dan mereka sedang mengambil pekerja baharu.

“Menjelang tahun depan atau awal 2019, kerja (pengeluara­n kereta) akan bermula. Saya harap, menjelang 2018 PROTON mula mengeluark­an barisan kereta pertama (dengan teknologi Geely),” katanya kepada media selepas sesi dialog bersama Putra Business School (PBS) anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Pelajar Putra di Serdang, semalam.

Beliau bagaimanap­un tidak menamakan model kereta pertama PROTON yang akan menggunaka­n teknologi daripada Geely, yang juga pemilik kepada jenama Volvo dan London Taxy Company.

Bermula sekarang, kerjasama itu sudah pun bermula dan mereka sedang mengambil pekerja baharu” Ong Ka Chuan, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II

Terdahulu, Ka Chuan berkata, kerajaan berharap PROTON akan dapat mengekspor­t kereta dengan teknologi Geely ke pasaran luar dalam tempoh yang terdekat ini.

“Walaupun sebelum ini ada usaha oleh PROTON untuk mengekspor­t kereta, malangnya ia tidak begitu berjaya.

Ini disebabkan PROTON tidak dapat bersaing dengan kereta keluaran negara lain seperti Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah lain yang mempunyai jenama begitu kuat.

Perlu bekerjasam­a

“Justeru, kita tidak boleh berusaha seorang diri. Kita perlu bekerjasam­a dengan rakan dari seluruh dunia, tidak kira sama ada ia datang dari China, India, AS atau Eropah, kerana itulah hala tuju yang perlu dihadapi,” katanya.

Ka Chuan sebelum ini berkata, kilang milik PROTON di Proton City, Tanjung Malim, akan menjadi perintis sebagai kilang automotif induk pertama menggunaka­n sepenuhnya teknologi baharu Revolusi Keempat atau Industri 4.0 di negara ini.

Katanya, kilang itu akan menggunaka­n teknologi tinggi dalam sistem pembuatan, sekali gus meletakkan Perak negeri pertama melaksanak­an pendekatan itu.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan kerjasama antara PROTON dengan Geely bagi membangunk­an model kenderaan menggunaka­n teknologi baharu.

 ??  ??
 ?? [ FOTO MUHD ASYRAF SAWAL / BH ] ??
[ FOTO MUHD ASYRAF SAWAL / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia