Berita Harian

WMG HOLDING

Bakal lancar projek hartanah RM1.3 bilion

-

Holdings Bhd (WMG), pemaju hartanah berpangkal­an di Sabah, merancang menambah simpanan tanah, khususnya di Sandakan dan Kota Kinabalu, Sabah. Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Quek Siew Hau, berkata WMG juga bercadang melancarka­n beberapa projek hartanah lebih RM1.3 bilion dalam beberapa tahun akan datang. Cadangan projek hartanah membabitka­n kawasan 17.65 hektar di Sabah, merangkumi keduadua projek hartanah kediaman dan komersial. Beliau berkata demikian pada sidang media penyenarai­an saham syarikat itu Pasaran Utama Bursa Malaysia, di Kuala Lumpur semalam. Penyenarai­an WMG di bursa itu susulan kejayaan pengambila­lihan berbalik penyenarai­an Tekala Corporatio­n Bhd.

Simpanan tanah 248 hektar

Siew Hau berkata, prospek jangka panjang pasaran pembanguna­n hartanah di Sandakan dan Kota Kinabalu memberangs­angkan, dipacu perbelanja­an kerajaan ke atas projek infrastruk­tur di negeri itu, umpamanya Lebuh raya Pan Borneo yang melalui Kota Kinabalu dan Sandakan. Beliau berkata, ketika ini WMG memiliki simpanan tanah seluas kirakira 248 hektar, dengan 176.8 hektar daripadany­a terletak di Sandakan, manakala baki di Kota Kinabalu. Projek semasa WMG termasuk Sejati Walk, Mydin Hypermarke­t dan Sri Indah Kondominiu­m di Sandakan dengan anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM445.1 juta. WMG mencatat premium awal dua sen sempena penye naraiannya di Bursa Malaysia semalam. WMG dibuka pada harga 50 sen seunit berbanding 48 sen, menyaksika­n 40,000 unit saham bertukar tangan. Saham syarikat itu mencatat harga harian tertinggi 50 sen dan terendah 43 sen sebelum ditutup jam 5 petang pada 43 sen, mewakili diskaun 0.05 sen Sejumlah 235,800 unit saham bertukar tangan. Mengulas harga pembukaan itu, Pengarah Urusannya, Siew Hau, berkata penyenarai­an berkenaan tepat pada waktunya.

 ??  ??
 ??  ?? Pengerusi WMG Holdings Bhd, Datuk Eric Usip Juin (tiga dari kiri) bersama Siew Hau (empat dari kanan) pada majlis penyenarai­an saham syarikat di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Kuala Lumpur semalam.
Pengerusi WMG Holdings Bhd, Datuk Eric Usip Juin (tiga dari kiri) bersama Siew Hau (empat dari kanan) pada majlis penyenarai­an saham syarikat di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia