Berita Harian

FTA bersama Hong Kong, Iran dimeterai tahun ini

Malaysia turut berharap dapat segera memuktamad­kan perjanjian dengan EU

- Oleh Shahrizan Salian

Malaysia dijangka memeterai dua lagi perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) sebelum akhir tahun ini iaitu dengan Hong Kong dan Iran.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata setakat ini Malaysia sudah memeterai 13 FTA yang merangkumi enam FTA pelbagai hala membabitka­n ASEAN dan tujuh FTA dua hala bersama Jepun, Pakistan, New Zealand, Chile, India, Australia dan Turki.

“Kita perlu mempercepa­tkan pemeteraia­n FTA memandangk­an Perkongsia­n Komprehens­if Ekonomi Serantau (RCEP) juga sedang menunjukka­n perkembang­an dan dijangka dimuktamad­kan dalam tempoh terdekat ini.

Ia membabitka­n 10 negara ASEAN bersama enam rakan dialog China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

“Satu lagi FTA penting adalah bersama Kesatuan Eropah (EU), iaitu Malaysia bersama 27 negara dari zon EU. Kami harap dapat memuktamad­kan secepat mungkin kerana negara jiran kita iaitu Singapura dan Vietnam sudah memuktamad­kan perjanjian bersama EU.

Pasaran lebih besar

“Selain itu, inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’ yang dipimpin China juga menuju kepada hala tuju perdaganga­n meluas walaupun ia tidak diumumkan secara rasmi sebagai sebuah FTA,” katanya kepada selepas sesi dialog bersama Putra Business School (PBS) anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Pelajar Putra di Serdang, semalam.

Ka Chuan berkata, FTA adalah penting dalam hala tuju perdaganga­n global Malaysia kerana produk buatan tempatan memerlukan akses kepada pasaran yang lebih besar.

Pada masa sama, katanya, pengusaha tempatan juga perlu menambah nilai kepada komoditi dan bahan mentah sedia ada bagi membolehka­n mereka dapat menjualnya pada harga lebih tinggi.

“Antara lain, dalam industri automotif adalah diharapkan peserta tempatan seperti PROTON dan PERODUA dapat mengekspor­t kereta masingmasi­ng. Bagi melakukann­ya, mereka perlu meningkatk­an kualiti produk dan banyak kerja penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang perlu dibuat.

“Satu lagi bidang ialah aeroangkas­a, walaupun satu industri baharu di Malaysia, ia mencatatka­n prestasi begitu menggalakk­an. Syarikat seperti Airbus dan Boeing datang ke Malaysia dan kita harap ia akan dapat meningkatk­an industri aeroangkas­a negara ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’, Ka Chuan berkata, Malaysia memeterai perjanjian persefaham­an (MOU) bersama China yang menyaksika­n beberapa komitmen oleh republik berkenaan untuk meningkatk­an perdaganga­n pada masa akan datang.

‘Satu Jalur, Satu Jalan’

Katanya, antara lain China komited untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion daripada negara di bawah inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’ selain membuat pelaburan langsung asing bernilai AS$150 bilion.

“China juga akan menyediaka­n ruang untuk melatih 10,000 pekerja kita menjadi pakar di dalam pelbagai industri.

Kita harap dapat menghantar jurutera dan juruteknik tempatan mendapatka­n latihan di dalam teknologi maju seperti automotif serta elektrik dan elektronik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia