Berita Harian

Untung bersih MAHB naik 416.2 peratus

Pengendali lapangan terbang raih RM129.5 juta separuh pertama 2017

- Oleh Alzahrin Alias

Pendapatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada separuh pertama 2017, melonjak 8.8 peratus kepada RM2.19 bilion berbanding dengan tempoh sama tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukainya pula meningkat sebanyak 245 peratus kepada RM192.2 juta, manakala keuntungan bersih meningkat 416.2 peratus kepada RM129.5 juta dalam tempoh yang sama.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, pencapaian itu dipacu oleh perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dan trafik penumpang masing masing meningkat sebanyak 10.6 peratus dan 9.5 peratus.

EBITDA separuh pertama 2017 RM962.3 juta mewakili 53.6 peratus daripada sasaran EBITDA tahunan MAHB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

“Dengan gabungan operasi Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen Istanbul (SGIA), rangkaian lapangan terbang MAHB mengendali­kan 61.7 juta penumpang pada separuh pertama 2017, yang mewakili pertumbuha­n 9.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Trafik penumpang meningkat

“Trafik penumpang untuk operasi Malaysia meningkat sebanyak 12.2 peratus kepada 47.3 juta penum pang. KLIA mencatat pertumbuha­n 14.5 peratus dalam trafik penumpang untuk tempoh sama manakala lapangan terbang lain di Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n agregat 8.8 peratus.

“Operasi MAHB mencatatka­n hasil sebanyak RM1.67 bilion, meningkat 11.2 peratus berbanding separuh pertama 2016. Perolehan runcit dan sewa terus mencatatka­n pertumbuha­n dua angka masingmasi­ng sebanyak 15.9 peratus dan 11.5 peratus kepada RM412.9 juta dan RM364.8 juta,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

MAHB berkata, berdasarka­n sumbangan pendapatan yang lebih kukuh itu, EBITDA untuk operasi Malaysia meningkat sebanyak 17.2 peratus kepada RM615.6 juta.

Pendapatan daripada operasi Turki untuk tempoh sama juga meningkat 0.1 peratus kepada RM459.6 juta manakala EBITDA bagi tempoh berjumlah RM339.8 juta atau 0.7 peratus lebih rendah daripada separuh pertama 2016.

Katanya, hasil daripada projek kumpulan dan operasi penyelengg­araan pembaikan di Doha, Qatar, pula meningkat sebanyak 13.3 peratus kepada RM67.1 juta.

“Peningkata­n pertumbuha­n penumpang bagi Malaysia didorong pertumbuha­n baru yang disumbangk­an oleh langkah pemberian visa untuk China dan India, peningkata­n perjalanan umrah, tambang kompetitif serta kadar pertukaran menggalakk­an untuk pelancong asing,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia