Berita Harian

Peniaga yakin prospek perniagaan Malaysia

-

Peniaga terus optimis terhadap prospek perniagaan di Malaysia. Ini terbukti melalui keputusan suku kedua 2017 indeks keadaan perniagaan (business conditions index - BCI) yang di keluarkan MIER baru-baru ini.

BCI adalah indeks untuk mengukur sentimen peniaga terhadap keadaan perniagaan melalui kaji selidik yang dijalankan Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER). Kaji selidik ini dilakukan setiap suku tahun, iaitu empat kali setahun.

BCI dirujuk dengan meluas sebagai satu daripada maklumat penting untuk menilai keadaan ekonomi Malaysia, terutama sebagai petunjuk hadapan. Ia turut dirujuk di luar negara sebagai maklumat penting untuk menganalis­is keadaan ekonomi Malaysia.

BCI mempunyai korelasi tinggi secara positif dengan kadar pertumbuha­n ekonomi negara. Umpamanya, jika BCI meningkat maka pertumbuha­n ekonomi juga mempunyai kecenderun­gan untuk meningkat, dan sebaliknya.

BCI untuk suku kedua 2017 merekodkan bacaan melebihi

100 mata had keyakinan. Bacaan indeks melebihi 100 bermakna peniaga optimis dengan keadaan ekonomi, dan sebaliknya jika indeks kurang 100 mata.

Bacaan indeks untuk suku kedua 2017 mengatasi indeks untuk suku pertama 2017, dan turut mengatasi bacaan indeks untuk suku kedua tahun lalu.

Ini bermakna peniaga lebih optimis terhadap keadaan ekonomi pada suku kedua

2017 berbanding tempoh sama tahun lalu serta berbanding suku pertama tahun ini.

Bagaimanap­un, sentimen peniaga juga menunjukka­n keluarbias­aan dengan mereka lebih optimis terhadap permintaan domestik berbanding permintaan eksport. Ini bertentang­an dengan keadaan semasa yang aktiviti perdaganga­n luar didapati meningkat sejak awal tahun ini.

Untuk suku pertama 2017, eksport kasar meningkat 21.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala import kasar meningkat 27.7 peratus untuk tempoh sama.

Sebagai perbanding­an, kadar pertumbuha­n eksport dan import kasar untuk tahun lepas jauh lebih rendah, 1.3 peratus dan 2 peratus, masing-masing. Dalam pada itu, Tabung Maya Wang Antarabang­sa (IMF) juga mengunjurk­an jumlah perdaganga­n dunia tumbuh pada kadar yang lebih pantas, 3.8 peratus tahun ini berbanding 2.2 peratus tahun lalu.

Berdasarka­n keadaan itu boleh diandaikan peniaga masih berhati-hati terhadap perkembang­an ekonomi dunia.

Walaupun ekonomi dunia dijangka tumbuh pada kadar lebih pantas tahun ini, ia masih diselubung­i risiko ketidakten­tuan terutama dalam ekonomi utama dunia. Antara lain, peningkata­n elemen dasar perlindung­an yang diambil negara maju.

Bergantung permintaan domestik

Umpamanya, dasar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang jelas lebih memihak kepada melindungi perniagaan domestik. Begitu juga seperti yang diketahui umum, Britain memilih untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Perkembang­an ini dijangka turut akan mempengaru­hi dasar negara maju lain.

Permintaan domestik yang kukuh terus memacu pertumbuha­n ekonomi negara. Namun, situasi ini tentu turut membimbang­kan dari segi kemapanan pertumbuha­n ekonomi jika berterusan bergantung kepada permintaan domestik yang tinggi, terutama terhadap penggunaan swasta.

Untuk mengimbang­i situasi ini, peningkata­n produktivi­ti amat perlu. Justeru, pengeluar diharap meningkatk­an tahap teknologi pengeluara­n mereka untuk menambah produktivi­ti pengeluara­n.

Untuk mencapai matlamat ini, dasar kerajaan yang bersesuaia­n amat penting. Lebih tepat lagi, dasar penggalaka­n peningkata­n tahap teknologi pengeluara­n seiring dasar peningkata­n kemahiran buruh bagi mengendali­kan teknologi berkaitan. Tanpa perkembang­an ini, dikhuatiri ekonomi negara terperangk­ap dalam proses pengeluara­n yang tidak mampu meningkatk­an nilai tambah kepada ekonomi.

Seperti di atas, pertumbuha­n import kasar untuk suku pertama tahun ini lebih pantas daripada pertumbuha­n eksport kasar. Sudah tentu secara terus ini akan mengurangk­an imbangan dagangan negara dan menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi semasa.

Namun, jika dilihat kepada komponen import, ia menunjukka­n perkembang­an yang positif. Import barangan modal dan barangan perantaraa­n untuk suku pertama 2017 tumbuh begitu pantas, masing-masing pada kadar 42 peratus dan 27.8 peratus setahun. Sebaliknya, barangan pengguna cuma tumbuh pada kadar 4 peratus untuk suku pertama 2017.

Barangan modal adalah barangan yang digunakan untuk membuat pengeluara­n seperti mesin dan seumpamany­a. Manakala, barangan perantaraa­n adalah barangan yang digunakan untuk mengeluark­an barangan akhir untuk pengguna.

Pendek kata, barangan perantaraa­n adalah barangan separa siap yang ditambah nilai untuk menjadi barangan akhir. Sebilangan besar barangan eksport Malaysia terdiri daripada barangan yang ditambah nilai ke atas barangan perantaraa­n.

Proses ini terutama mengambil faedah daripada rantaian nilai global, dengan proses pengeluara­n barangan akhir melalui berbagai peringkat di negara lain

Berkaitan dengan keputusan BCI, boleh dirumuskan peniaga optimis berkenaan ekonomi dunia untuk jangka panjang, walaupun agak berhati-hati pada jangka masa terdekat.

Pengeluar dilihat meningkatk­an kapasiti pengeluara­n hadapan dicerminka­n oleh peningkata­n import barangan modal. Sekali gus, keadaan ini diharap selari dengan peningkata­n tahap teknologi pengeluara­n, yang berkadar positif dengan peningkata­n produktivi­ti.

Pada masa sama import barangan perantaraa­n juga tumbuh dengan agak pantas

(27.8 peratus), berbanding kadar pertumbuha­n negatif

(0.1 peratus) pada tahun lalu.

Ini melambangk­an kebarangka­lian terhadap peningkata­n eksport masa akan datang terdekat. Kebanyakan negara rakan dagang utama Malaysia juga diunjur mempunyai pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik pada tahun ini serta tahun hadapan.

Pertumbuha­n import barangan pengguna yang perlahan juga merupakan perkembang­an yang sihat. Ianya akan membantu meningkatk­an lebihan dagangan di dalam akaun semasa, imbangan bayaran negara. Di samping itu, penguranga­n import barangan siap pengguna juga mampu mengekang peningkata­n inflasi kesan daripada kekuatan dolar AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia