Berita Harian

IMF akui dolar AS terlebih nilai

Mata wang didagangka­n tak sejajar dengan asas ekonomi

-

Washington

Takaun semasa luaran kini menjadi lebih tertumpu di beberapa ekonomi maju seperti AS dan Britain, manakala China dan Jerman masih memiliki lebihan.

Euro pada kedudukan wajar

Bagi euro, laporan itu menilainya berada pada kedudukan wajar sesuai berdasarka­n ekonomi zon itu secara keseluruha­nnya.

Namun, IMF menekankan kedudukan kadar tukaran mata wang asing yang efektif untuk euro masih 10 hingga 20 peratus terlalu rendah berbanding asas Jerman yang menyaksika­n lebihan akaun semasanya yang tinggi.

Pada masa sama, pound British juga didapati terlebih nilai 15 peratus berbanding asas ekonominya yang turut mengalami ketidakten­tuan besar ekoran prospek Britain selepas Brexit, membabitka­n hubungan dagangan dengan ahli Kesatuan Eropah yang lain.

IMF berkata, peningkata­n nilai dolar AS sejak kebelakang­an ini hanya bergantung kepada unjuran pertumbuha­n lebih kukuh, kenaikan kadar faedah berbanding dasar pelonggara­n monetari di zon euro dan Jepun.

Turut memberikan sokongan elemen harapan tinggi kepada janji pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Bagaimanap­un, setakat ini bagi tahun ini indeks dolar AS yang menjadi penanda aras kepada nilai mata wang utama lain menyaksika­n penurunan ketara lebih lapan peratus dan dicatatkan sebagai kedudukan pembukaan tahun paling teruk sejak 2002.

Justeru, IMF menggesa pihak berkuasa AS mengambil langkah segera mengurangk­an defisit akaun yang masih terlalu besar dengan mengurangk­an perbelanja­an bajet defisit persekutua­n.

Bahkan, agensi di bawah Bank Dunia itu bertegas supaya AS meluluskan langkah meneruskan pembaharua­n struktur bagi meningkatk­an kadar simpanan dan meningkatk­an produktivi­ti ekonomi.

“Penting untuk kita menangani ketidaksei­mbangan, kerana jika ia tidak ditangani dengan sewajarnya dan menerusi pelaksanaa­n dasar yang betul, kita akan berdepan dengan pengamalan dasar fahaman perlindung­an,” Kata Ketua Bahagian Penyelidik­an IMF, Luis Cubeddu dalam satu sidang media di sini, Jumaat lalu. Reuters

 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? IMF mengakui Dolar AS didagangka­n 10 hingga 20 peratus lebih nilai daripada asas ekonomi negara itu.
[GAMBAR HIASAN] IMF mengakui Dolar AS didagangka­n 10 hingga 20 peratus lebih nilai daripada asas ekonomi negara itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia