Berita Harian

Minyak mentah naik paras tertinggi tempoh 2 bulan

-

minyak naik ke paras tertinggin­ya sejak dua bulan lalu apabila Amerika Syarikat (AS) mengetatka­n pasaran dan mengancam sekatan terhadap Venezuela yang menjadi anggota OPEC.

Dagangan hadapan minyak mentah WTI melonjak lebih AS$50 satu tong dan berada pada AS$49.97 satu tong pada 0654 GMT, naik 25 sen atau 0.5 peratus dari penutupan terakhir.

Ini bermakna hampir keseluruha­n pergerakan WTI berganjak lebih AS$50 satu tong.

Dagangan hadapan Brent berada pada AS$52.85 setong, naik 33 sen atau 0.6 peratus dan harganya mencecah AS$52.90 setong pada awal hari, iaitu paras tertinggi sejak 25 Mei.

Peningkata­n harga meletakkan kedua-dua penanda aras minyak mentah itu di landasan mencatat keuntungan keenam berturut-turut.

Harga minyak meningkat sekitar 10 peratus sejak mesyuarat terakhir OPEC dan pengeluar utama lain, termasuk Russia, apabila kumpulan itu membincang­kan langkah mengetatka­n lagi pasaran minyak.

Inventori minyak mentah AS jatuh

“Persediaan AS menunjukka­n pengeluara­n besar-besaran, Arab Saudi seolah-olah berniat untuk memainkan peranannya sebagai pengeluar utama dunia dan sekatan yang akan berlaku di Venezuela oleh Amerika Syarikat akan hampir pasti meningkatk­an lagi harga minyak,” kata Penganalis­is Broker Niaga Hadapan OANDA, Jeffrey Halley.

Inventori minyak mentah AS jatuh sebanyak 10 peratus pada Mac kepada 483.4 juta tong.

Dalam segi pengeluara­n, jumlah output AS menurun sebanyak 0.2 peratus kepada 9.41 juta tong sehari (bpd), selepas meningkat sebanyak lebih daripada 10 peratus sejak pertengaha­n 2016.

Penggerudi­an pengeluara­n baru minyak AS juga perlahan, dengan hanya 10 pelantar yang ditambahka­n pada Julai, paling sedikit sejak Mei 2016.

Harga Brent untuk penghantar­an pada September kini sekitar 35 sen melebihi pada Oktober.

Walaupun terdapat tanda pasaran lebih ketat di Amerika Syarikat, bekalan di China masih lagi banyak.

Inventori minyak mentah China pada Jun meningkat ke paras tertinggi sejak September 2016, menandakan keuntungan bulan ketiga berdasarka­n data daripada Agensi Berita Xinhua.

Saham minyak mentah juga meningkat 4 peratus kepada 30.57 juta tan (sekitar 224 juta tong), manakala stok minyak keseluruha­n produk meningkat sehingga 18.1 juta tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia