Berita Harian

Saham kewangan jejas bursa

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam, disebabkan oleh kerugian dalam saham kewangan serta pengambila­n untung dalam pasaran yang lebih luas selepas kenaikan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berakhir pada paras rendah harian 1,760.03, turun 7.05 mata atau 0.4 peratus, dari penutup Jumaat pada 1,767.08.

FBM KLCI terlebih dulu dibuka 0.82 mata lebih tinggi pada 1,767.9.

Terdahulu, indeks utama menyentuh paras tertinggi harian sebanyak 1,768.10.

Kaunter kewangan, Maybank dan Hong Leong masing-masing turun 10 sen kepada RM9.54 kepada RM15.70, Public Bank susut 26 sen kepada RM20.28, CIMB turun sembilan sen kepada RM6.55 dan RHB Bank susut tiga sen kepada RM5.

Seorang peniaga berkata pasaran mengalami tindak ba,las sementara terhadap pengumuman Pengerusi Bukan Eksekutif Public Bank Bhd, Tan Sri Dr Hong Hong akan melepaskan jawatannya pada 1 Januari 2019.

Dagangan meningkat kepada 1.94 bilion unit

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 585 berbanding 309, dengan 347 kaunter tidak berubah, 586 tidak diniagakan dan 53 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.94 bilion unit bernilai RM2.58 bilion daripada 1.64 bilion unit bernilai RM2.20 bilion pada hari Jumaat.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maxis naik tiga sen kepada RM5.65, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.95 dan TNB turun empat sen kepada RM14.12.

Antara kaunter aktif, Key Alliance turun setengah sen kepada tiga sen, Kronologi Asia naik 9.5 sen kepada 80.5 sen, AT Systematiz­ation tidak berubah pada 4.0 sen, Glotec susut satu sen kepada 5.5 sen dan Lctitan turun RM1.43 kepada RM4.70.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia