Berita Harian

Pasaran Asia ditutup tinggi

-

tinggi untuk sesi keempat berturut-turut.

Indeks Komposit Shanghai meningkat 0.61 peratus atau 19.79 mata kepada 3,273.03.

Indeks Komposit Shenzhen, yang menjejaki saham bursa kedua China, naik 0.57 peratus atau 10.73 mata kepada 1,879.10.

Harga minyak cecah AS$50

Harga minyak meningkat semalam dengan kedua-dua kontrak hadapan mencatatka­n peningkata­n kukuh, dengan WTI mencecah paras AS$50 satu tong buat pertama kali sejak akhir Mei dan Brent menuju ke paras AS$53.

Penganalis­is berkata, beberapa faktor positif menyokong keyakinan baharu pelabur terhadap minyak.

“Inventori menunjukka­n penguranga­n yang besar, Arab Saudi dilihat komited memainkan peranannya sebagai pengeluar terbesar menjelang IPO Aramco, sekatan yang bakal dikenakan terhadap Venezuela oleh Amerika Syarikat (AS) akan menyokong minyak, dengan kelemahan dolar AS dan konflik di Washington DC semuanya memberikan sokongan,” kata Penganalis­is Kanan Pasaran OANDA, Jeffrey Halley.

Dalam pasaran tukaran asing, yen mengukuh berikutan dolar AS pada awal dagangan terseret oleh peningkata­n ketidakten­tuan di AS selepas kegagalan percubaan untuk menyusun semula penjagaan kesihatan di negara itu.

Mata wang itu juga terjejas dengan perangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Jumaat yang menimbulka­n keraguan terhadap sebarang kenaikan awal kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS.

Ketegangan baharu yang dicetuskan oleh pelancaran peluru berpandu terkini oleh Korea Utara juga menyokong yen, berikutan pelabur menimbangn­ya sebagai pelaburan lindung nilai ketika krisis.

Di pasaran Eropah, London dibuka tinggi, disokong oleh kenaikan dalam saham berwajaran tinggi sektor perlombong­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia