Berita Harian

CINTAI AL-QURAN PADA USIA MUDA

Oki terapkan anak pendidikan agama, menghafal surah sebagai keutamaan

- Oleh Nadia Hamid dan Luqman Arif Abdul Karim

Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumka­n skim bantuan baharu dan penambaika­n manfaat sedia bagi meningkatk­an kebajikan bekas anggota serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perdana Menteri mengumumka­n berita gembira itu di hadapan lebih 15,000 veteran ATM pada Perhimpuna­n Veteran ATM sempena pelancaran Tabung Pahlawan 2017 di sini.

Antaranya ialah pengenalan skim Bantuan Bakti Negara (BBN) sebagai bantuan permulaan kerajaan untuk manfaat 66,000 veteran ATM tidak berpencen yang akan menerima RM1,200 setahun.

“Syarat layak skim BBN adalah berdasarka­n kriteria penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), iaitu mereka yang tergolong dalam kelompok pendapatan terendah bawah 40 peratus (B40).

“Bagi bukan penerima BR1M, yang membabitka­n seramai 10,959 veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas pula akan diberi insentif khas RM600 setiap tahun.

Hargai pejuang pertiwi

“Inilah sumbangan dan cara kerajaan menghargai pejuang pertiwi sempena Hari Pahlawan yang disambut di seluruh negara hari ini (semalam),” katanya menyampaik­an ucaptama pada perhimpuna­n itu.

“BBN adalah satu bentuk mekanisme baharu bagi kerajaan untuk membantu veteran ATM yang berpendapa­tan rendah dan tidak berpencen tanpa membebanka­n sumber kewangan kerajaan sedia ada,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Tabung Pahlawan, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Yang turut sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumka­n Skim Anuiti Veteran (SAVE), bertujuan memberi pendapatan secara bulanan seumur hidup kepada bakal veteran ATM tidak berpencen seperti veteran yang mendapat pencen bulanan.

“Anggota ATM yang berhenti daripada perkhidmat­an lebih awal juga layak menerima pencen bulanan menerusi caruman hasil pelaburan kerajaan,” katanya.

Inisiatif ketiga adalah penambahba­ikan Skim Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM dan bekas anggota Wataniah sepenuh masa yang berkhidmat kurang 10 tahun dan tidak menerima pencen.

“Ini bermakna anggota yang diberhenti­kan awal akibat kecederaan ketika menjalanka­n tugas atau kecacatan kekal akan menerima kenaikan pencen 300 hingga 800 peratus, iaitu bersamaan nilai RM500 hingga RM2,000 sebulan.

“Sebelum ini, mengikut syarat mereka hanya menerima Pencen Hilang Upaya serendah RM65 sebulan,” katanya.

Insentif veteran kelainan upaya

Perdana Menteri turut mengumumka­n insentif veteran kelainan upaya selepas bersara.

“Sekarang ini mereka menerima RM500 setahun daripada dana Tabung Pahlawan. Kerajaan akan menambah sebanyak RM500 setahun, menjadikan jumlah keseluruha­n RM1,000,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut bersetuju menambah kuota haji bagi veteran ATM daripada 100 sebelum ini kepada 400 tempat mulai tahun ini.

Sementara itu, bagi menghargai jasa pejuang pertiwi, beliau berkata, kerajaan juga akan menyumbang RM5 juta kepada Tabung Pahlawan tahun ini, sekali gus melakar rekod kutipan tertinggi sejak dana itu dilancarka­n.

Dalam ucapannya, Najib berkata, biarpun bergelar bekas tentera, semangat patriotism­e ditonjolka­n veteran ATM masih dalam sanubari mereka sehingga sanggup menawar diri memikul senjata andai bumi Malaysia diancam.

“Saudara-saudari sekalian adalah pejuang tanah air yang walau apa keadaan jua tetap setia bersama kerajaan, rela berkorban jiwa dan raga, hatta nyawa menjadi taruhan demi mempertaha­nkan pertiwi tercinta.

“Segala jasa pengorbana­n bekas tentera akan terus dihargai serta dijadikan contoh teladan dan iktibar,” katanya.

Najib turut mengimbau peranan anggota ATM dalam pelbagai misi, termasuk perjuangan menentang komunis, darurat, ancaman lanun dan tragedi hitam penceroboh­an musuh di Lahad Datu, Sabah.

 ??  ??
 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Najib menerima sumbangan RM1 juta untuk Tabung Pahlawan daripada Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sambil diperhatik­an Rosmah, Hishammudd­in dan Noh pada Perhimpuna­n Veteran ATM 2017 di Pusat Konvensyen dan...
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Najib menerima sumbangan RM1 juta untuk Tabung Pahlawan daripada Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sambil diperhatik­an Rosmah, Hishammudd­in dan Noh pada Perhimpuna­n Veteran ATM 2017 di Pusat Konvensyen dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia