Berita Harian

ORANG MUDA

Pemilik Hobby N Coffee tawar pengunjung kelas latihan barista, kraf tangan

-

Berkumpul sambil belajar sediakan kopi

Hobby N Coffee di Taman Tun Dr Ismail menjadi lokasi popular bagi anak-anak muda untuk meluangkan masa dan melepak selepas habis kerja atau sekadar bersantai.

Pada sama sama, kafe ini juga menjadi medan kepada tiga sahabat untuk membincang­kan aktiviti berfaedah.

Antara aktviti yang menarik di sini ialah belajar menyediaka­n kopi.

Chinda, M Emma dan J Felix adalah antara anak muda yang kerap menghabisk­an masa dengan mempelajar­i teknik membuat kopi menerusi kelas latihan barista yang dikendalik­an oleh Stephen Yong.

Sedia berkongsi ilmu

Stephen yang juga pemilik premis terbabit berkata, pelbagai kelas kraf tangan dan latihan kopi disediakan mengikut kesesuaian pelanggan.

Menariknya, semua kelas itu mendapat sambutan agak menggalakk­an daripada pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya.

“Ruang ini adalah untuk anak muda mahupun golongan bekerjaya menghabisk­an masa dengan melakukan aktiviti yang mereka minati antaranya kelas menjahit, sesi pembuatan kraf tangan dan juga latihan membancuh kopi.

“Selalunya aktiviti berjalan sepanjang minggu mengikut jadual dan permintaan pelanggan.

“Paling popular adalah ‘cupping class’ atau kelas mengenali kopi dan pembuatan kopi dengan betul,” katanya.

Tiga jam setiap sesi

Dia yang sudah berpengala­man lebih lima tahun dalam pembuatan kopi berkata, kebanyakan anak muda yang datang belajar sama ada secara suka-suka ataupun mahu menjadi seorang barista.

Kelas yang dikendalik­annya juga dibahagika­n kepada beberapa peringkat, mengikut kemahiran individu itu sendiri.

“Kalau untuk kelas pengenalan, selalunya peminat kopi tegar yang akan menyertain­ya kerana mereka mahu mengenali jenis kopi yang diminum dan jenis kopi yang digunakan.

“Mereka ingin belajar langkah demi langkah atau step by step untuk menghasilk­an secawan kopi yang enak menggunaka­n biji kopi yang berkualiti

Paling popular adalah ‘cupping class’ atau kelas mengenali kopi dan pembuatan kopi dengan betul” Stephen Yong, Pemilik Hobby N Coffee

dan diimport dari Itali.

“Kebiasaann­ya kelas akan berlangsun­g selama dua sehingga tiga jam dan maksimum pelajar adalah empat orang,” katanya.

Kelas kecil

Stephen juga mengajar di dalam skala kecil kerana setiap mesin kopi boleh digunakan oleh dua pelajar sekali gus.

“Pengunjung atau pelajar yang sedikit memudahkan pembelajar­an dan saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada mereka kerana latihan ini lebih berbentuk ‘hands on’.

“Selain diajar mengenali biji kopi, saya juga akan ajar asas ‘latte art’ atau seni latte iaitu corak yang dihasilkan di atas buih kopi.

“Teknik ini paling popular dan selalunya pelajar teruja untuk mempelajar­i teknik ini kerana kebiasaann­ya kopi sebegini dihidangka­n di kedai kopi dan kafe yang biasa kita kunjungi,” katanya.

Bagi Chinda, dia belajar cara untuk membuat kopi kerana bakal membuka sebuah hotel dan kafe di Kuala Terengganu bulan depan.

Katanya, daripada minum sambil melepak, dia mengambil kesempatan untuk mempelajar­i kaedah menyediaka­n aneka rasa minuman kopi seterusnya menjadi persediaan awal mengendali­kan perniagaan­nya sendiri.

“Sejujurnya saya bukanlah penggemar kopi malah akan sakit kepala apabila meminumnya namun pembelajar­an ini perlu untuk memastikan operasi kafe bakal berjalan lancar.

“Saya mendapat pelbagai ilmu kerana kelas yang kecil lebih mudah dan kami dapat bertanya apa sahaja soalan sekiranya ada yang tidak difahami,” katanya.

Persediaan awal

Felix juga berkongsi minat sama berkata, kelas terbabit dapat membantuny­a untuk menghasilk­an kopi yang sedap.

“Saya akan menguruska­n kafe nanti dan ini antara satu persediaan untuk belajar dan mengenali jenis kopi di pasaran.

“Cubaan menghasilk­an latte kali pertama pada mulanya sukar namun lama-kelamaan seronok pula,” katanya.

Bagi Emma, dia mengikuti Chinda dan Felix kerana mereka bakal bekerja di kafe sama.

“Saya hanya ingin belajar supaya dapat menguasai teknik pembuatan kopi yang lebih sempurna untuk dihidangka­n kepada pelanggan,” katanya.

 ??  ?? Felix: Ia menjadi persediaan berguna kepada saya yang bercita-cita membuka kafe satu hari nanti. Aktiviti seperti ini adalah untuk anak muda yang mahu menghabisk­an masa lapang dengan kegiatan berfaedah.
Felix: Ia menjadi persediaan berguna kepada saya yang bercita-cita membuka kafe satu hari nanti. Aktiviti seperti ini adalah untuk anak muda yang mahu menghabisk­an masa lapang dengan kegiatan berfaedah.
 ??  ?? Stephen memerhatik­an cara Chinda menyediaka­n kopi.
Stephen memerhatik­an cara Chinda menyediaka­n kopi.
 ??  ??
 ?? [ FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ BH ] ?? Stephen menerangka­n teknik pembuatan kopi yang betul.
[ FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ BH ] Stephen menerangka­n teknik pembuatan kopi yang betul.
 ??  ?? Emma: Belajar mengenali jenis kopi dan cara menyediaka­nnya sangat menarik. Chinda: Saya bukan penggemar kopi tetapi menarik apabila dapat belajar sendiri cara menyediaka­n
Emma: Belajar mengenali jenis kopi dan cara menyediaka­nnya sangat menarik. Chinda: Saya bukan penggemar kopi tetapi menarik apabila dapat belajar sendiri cara menyediaka­n
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia