Berita Harian

Misi khusus didik anak

Kesibukan tak halang Oki laksana tanggungja­wab sebagai ibu

-

Kejayaan Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mempertaru­hkan lagu nasyid dan berunsur keislaman turut memberi tempias pada pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi yang diundang sebagai juri tetap program realiti terbitan Astro berkenaan.

Sejak itu, Oki semakin menjadi sebutan di negara ini, biarpun ibu kepada dua anak perempuan yang berasal dari Batam, Indonesia ini sebenarnya mula dikenali menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih yang ditayangka­n pada 2009.

Oki mempunyai pengikut tersendiri di Malaysia memandangk­an beliau turut memiliki Butik

Oki Setiana Dewi (OSD) di Bandar Baru Bangi yang mula beroperasi pada tahun ini.

Disebabkan itu, pelakon berusia 28 tahun ini kerap berkunjung ke Kuala Lumpur, selain menerima undangan untuk menyampaik­an ceramah beliau juga memenuhi jemputan bagi mempromosi butik OSD.

Misi lihat anak hafal al-quran

Pun begitu, dalam kesibukan memenuhi undangan, pada masa sama, meneruskan pengajian pada peringkat falsafah kedoktoran

(PHD) di dua universiti di negaranya, Oki tetap mempunyai waktu bagi memenuhi tanggungja­wab sebagai ibu kepada dua anak perempuann­ya.

Isteri kepada Ory Vitrio Abdullah ini berkata, walaupun memiliki empat pembantu rumah, segala urusan menjaga Maryam Nusaibah Abdullah, dua setengah tahun dan Khadeejah Fatimah Abdullah, setahun setengah adalah menjadi keutamaann­ya.

Malah, Oki berkata, beliau dan suami mempunyai misi khusus dalam mendidik anak dengan menetapkan sasaran untuk mereka menghafal al-quran dalam usia awal.

“Apabila mempunyai sasaran dalam menentukan masa depan mereka, tugas kita akan menjadi mudah dalam mendidik mereka.

Saya dan suami punyai misi khusus dalam mendidik anak dengan tetapkan sasaran untuk mereka menghafal al-quran dalam usia awal” Oki,

Pelakon Indonesia

 ??  ?? Oki bersama Ory dan anak.
Oki bersama Ory dan anak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia