Berita Harian

Pendedahan ICT kepada si kecil

-

ICT kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Ibu bapa tentu mahu anak tidak ketinggala­n dan dapat menguasai bidang itu untuk kehidupan mendatang.

Tujuan utama memperkena­lkan ICT kepada anak berusia satu hingga empat tahun, sebenarnya adalah lebih kepada mengenal pasti kegunaan dan faedahnya. Justeru, si kecil dapat memanfaatk­annya dan tidak ketinggala­n zaman.

Kebiasaann­ya, si kecil sering diberi ruang bermain telefon bimbit atau gajet yang lain melalui kepelbagai­an jenis permainan gajet yang sesuai untuknya sehingga dia leka, asyik dan ketagih dengan penggunaan peralatan itu.

Pengalaman secara langsung

Hakikatnya, banyak lagi cara lain untuk mendedahka­n anak kepada ICT. Membawa si kecil keluar rumah dan menunjukka­n kepadanya lampu isyarat, bagaimana ia berfungsi dan memintanya menekan butang lampu untuk melintas jalan juga satu pendedahan

ICT kepada si kecil.

Begitu juga mesin wang tunai dengan meminta si kecil memasukkan wang dalam vendor mesin makanan, penggunaan pengimbas harga di pusat beli-belah dan pelbagai lagi teknologi berkaitan, boleh diperkenal­kan kepada si kecil untuk diterokai.

Kebaikanny­a, bukan sekadar satu pendedahan tetapi memberi pengalaman secara langsung kepada si kecil mengenai ‘kemahiran hidup’ dan kepentinga­n teknologi dalam kehidupan. Pastinya si kecil akan teruja membuat eksplorasi, eksperimen dan mendapat pengalaman bermakna sebagai persediaan untuk kehidupan mendatang.

Pilih perisian sesuai

Jika fungsi komputer dan penggunaan­nya ingin didedahkan kepada si kecil, sewajarnya bukan permainan komputer menjadi pilihan tetapi kepelbagai­an perisian program yang dapat merangsang pelbagai aspek perkembang­annya.

Antara yang boleh diterokai si kecil, pakej grafik untuknya melukis dan mewarna, talking book atau teks yang boleh dibacakan kepadanya, word processing serta imej digital bagi membuat eksperimen suara dan media.

Dalam memilih program perisian yang sesuai untuk usia anak, pastikan tidak terlalu banyak teks penulisan dan ia perlulah mesra kanak-kanak.

Penggunaan tetikus juga adalah permainan manipulati­f bagi si kecil; dapat membantu merangsang perkembang­an kemahiran motor halus dan pergerakan motor kasar.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia