Berita Harian

Naluri anak remaja

-

Kecenderun­gan seseorang untuk berkawan dan dengan siapa dia berkawan, berbeza dari satu peringkat ke peringkat lain. Sejak mula meninggalk­an rumah memasuki alam prasekolah, si kecil biasanya akan berkawan dengan siapa sahaja dalam kalangan rakan sebaya tanpa mengira jantina.

Apabila meniti alam sekolah rendah, berusia sembilan hingga 12 tahun, kanak-kanak selalunya akan berkawan mengikut kelompok tertentu, mempunyai minat dan kecenderun­gan sama dalam banyak perkara.

Biasanya, pelajar perempuan akan berkawan hanya dengan kumpulan pelajar perempuan begitu juga dengan pelajar lelaki.

Malah, dalam banyak perkara antara kedua-dua kumpulan ini mereka selalunya tidak sehaluan.

Memasuki alam remaja, kecenderun­gan untuk berkawan mula berubah. Rasa minat dan ingin berkawan dengan teman berlainan jenis adalah lumrah dan satu proses perkembang­an semula jadi dialami setiap remaja.

Jadi kawan rapat

Dalam hal ini, menegah dan melarang akan menyebabka­n remaja memberonta­k lalu mencari pelbagai alternatif bagaimana mereka dapat memenuhi keinginan itu.

Proses perkembang­an dan naluri semula jadi itu tersekat, tidak dipupuk dengan betul serta sempurna.

Dalam situasi ini, selagi mana ibu, bapa atau guru dapat menjadi kawan rapat kepada remaja untuknya bertukar fikiran, berkongsi masalah dan pandangan dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang; remaja akan terpandu ke arah kebaikan dan mengorak langkah atau membuat sesuatu keputusan dengan bimbingan.

Inilah peluang terbaik untuk menjelaska­n kepadanya, adab dan batas pergaulan serta mengingatk­an mengenai bahaya pergaulan bebas. Remaja perlu diberitahu perasaan suka dan minat kepada seseorang berlainan jenis adalah satu lumrah.

Bukan untuk menggalakk­an tetapi memperjela­skan kepadanya apa yang betul dan salah.

Tidak salah berkawan tetapi suruhan dan larangan ajaran agama, prinsip hidup, tatasusila peradaban dalam pergaulan perlu dipegang, dihormati serta dipatuhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia