Berita Harian

Ajar kanak-kanak aspek kebersihan

Kerjasama MBPJ, Kidzania didik amalan bermula awal usia

-

Jepun dikenali sebagai masyarakat yang pembersih. Mereka tak buang sampah merata-rata, sanggup menyimpan di dalam beg dan dibuang ke tong apabila sampai ke rumah.

Ada kerajaan tempatan di beberapa bandar di negara Matahari Terbit itu tidak menyediaka­n tong sampah untuk warganya.

Amalan itu seharusnya diterapkan orang ramai di negara ini. Ia boleh dicapai bermula pada awal usia lebih berdisipli­n apabila dewasa.

Jadikan tabiat

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, berkata amalan murni itu boleh dijadikan tabiat sekiranya ia didedahkan pada usia kanak-kanak dan dimulakan dalam lingkungan keluarga.

“Kanak-kanak cepat mengikut. Sekiranya sejak kecil lagi mereka sudah disemai dengan tabiat mementingk­an kebersihan, tidak mustahil mereka menjadi remaja dan dewasa yang sayang untuk mengotorka­n persekitar­an di sekeliling mereka.

“Ibu bapa, boleh menegur sekiranya ibu bapa mereka tidak menjaga kebersihan seperti tidak menyapu rumah atau tidak mengamalka­n kitar semula,” katanya ketika merasmikan Mbpj@kidzania, di ibu kota baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Kidzania, Shahrul Nizar Ahmad. Majlis berkenaan turut melancarka­n album kanak-kanak mengenai amalan kebersihan ‘Mari Sahabat’.

Cakera padat berkenaan, diagihkan kepada enam taska dari Petaling Jaya.

Peranan majlis perbandara­n

Mohd Azizi berkata, amalan kebersihan diberi perhatian oleh MBPJ kerana ramai kalangan masyarakat lingkungan pihak berkuasa tempatan itu, tidak menjadikan amalan kebersihan sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

“Di MBPJ, kami tidak mempunyai masalah untuk membersihk­an premis dan lokasi ditetapkan. Cuma, yang menjadi masalah ialah masyarakat tidak mengamalka­n kitar semula. Malah ada dalam jenis sampah yang dibuang itu, boleh digunakan semula,” katanya.

Justeru, pembabitan MBPJ di Kidzania antara usaha mendidik, kanak-kanak dan seluruh ahli keluarga, bukan saja mengenai aspek kebersihan. Peluang diberi kanak-kanak supaya me-

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia