Berita Harian

Kidzania bantu fahami tugas majlis perbandara­n

-

Besar Kidzania, Shahrul Nizar Ahmad, berkata pihaknya percaya cara membantu kanak-kanak memahami dunia sebenar di sekeliling mereka melalui pengalaman, ia sejajar dengan misi Kidzania Kuala Lumpur ‘Learn Life Today’.

“Kami menganggap kanak-kanak warga bandar raya Kidzania Kuala

Lumpur. Oleh itu, kami sangat teruja untuk belajar daripada pakar. Menjalanka­n sebuah bandar walaupun bersaiz kanak-kanak adalah satu cabaran.

“Menerusi bantuan MBPJ sebagai kepakaran dalam pengurusan bandar, kami berharap kanak-kanak akan dapat memanfaatk­an ilmu diperoleh, bukan saja menjaga kebersihan di bandar, tetapi membantu menjalanka­n bandar dengan teratur dan lebih lancar,” katanya.

Kanak-kanak boleh merasai pengalaman menjadi Pegawai Penguatkua­saan Junior, di mana mereka merekodkan kes vandalisme dan pembuangan sampah manakala Pegawai Perlesenan Junior akan memeriksa lesen perniagaan di kedai berkenaan.

Kedua-dua peranan memerlukan mereka menyediaka­n laporan sebaik sahaja selesai membuat rondaan.

Lagu mengenai kebersihan

Sementara itu, kata Mohd Azizi, album kanak-kanak mengenai amalan kebersihan ‘Mari Sahabat’, diagihkan kepada enam Taska di Petaling Jaya, memuatkan lima lagu kanak-kanak berkaitan isu kebersihan.

Antaranya, Bukan Lawanku (mengenai denggi), Biru, coklat dan jingga (mengenai kitar semula) dan Hidup Ceria (mengenai sampah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia