Berita Harian

Pantau, hadkan aktiviti anak main gajet

Ibu bapa perlu alih perhatian beri permainan lebih interaktif, ajak terokai aktiviti luar

-

Kanak-kanak dan gajet kini situasi biasa dilihat pada zaman teknologi.

Malah, ibu leka bermain telefon bimbit dan kelakuan sama turut diikuti anak.

Tidak hairan, seawal usia tiga tahun, ada anak yang sudah memiliki gajet sendiri dan lebih menyedihka­n ada ibu bapa yang sengaja menggunaka­n gajet sebagai medium untuk mengawal keaktifan anak.

Kajian Akademi

Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada berkenaan penggunaan teknologi mengikut usia, kanak-kanak berusia dua tahun tidak sepatutnya didedahkan dengan gajet, manakala penggunaan selama sejam sehari saja bagi kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan dua jam sehari bagi berusia enam hingga 18 tahun.

Realitinya, kanak -kanak di bawah usia lima tahun, mengalami perkembang­an pesat minda dan sifat ingin tahu tinggi dan meneroka begitu tinggi.

Ibu bapa jangan leka

Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Roliza Ibrahim, berkata penggunaan teknologi oleh kanak-kanak tidak salah asalkan ibu bapa melakukan pemantauan dan tahu apa aktiviti dilakukan anak.

“Teknologi baharu ini memberikan pelbagai cabang pendidikan kepada anak. Ia menjadikan pendidikan lebih menarik dan penuh interaktif.

“Ibu bapa, jangan leka dengan minat anak dan harus pantau dan hadkan penggunaan­nya,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an, setiap hari tempoh penggunaan internet oleh anak tidak harus lebih daripada satu jam.

“Sebagai ibu, saya begitu tegas dengan penggunaan internet yang berpanjang­an. Ia memberi impak lain pula jika berlanjuta­n dan tidak terkawal seperti masalah kesihatan. Antaranya, rabun dan pergerakan kurang menyebabka­n kanak-kanak menjadi tidak aktif,” katanya.

Malah, penggunaan gajet secara keterlalua­n menyebabka­n perkembang­an otak menjadi tidak sihat.

“Anak yang suka bermain gajet biasanya suka menyendiri, tidak suka bergaul, kurang komunikasi dan kemahiran sosial yang begitu penting untuk tumbesaran kanak-kanak,” katanya.

Alihkan perhatian anak

Beliau mencadangk­an ibu bapa yang memiliki anak yang begitu taksub dengan penggunaan teknologi supaya menggunaka­n cara berhemah dengan menarik minat anak ke arah lain.

“Saya selalu melihat situasi ibu bapa sibuk membeli belah dan anak diberi telefon supaya ‘diam’ seketika.

“Ini situasi tidak sihat dan ia hanya membuatkan anak lebih agresif, aktif melampau dan kerap memberonta­k jika tidak diberikan telefon bimbit,” katanya.

Justeru, anak kecil boleh diberi fokus baru dengan aktiviti luar seperti bermain di taman permainan, padang atau aktiviti rekreasi yang bersesuaia­n dengan usia mereka.

“Di sini ibu bapa perlu kreatif dalam menarik minat anak meneroka perkara baharu.

“Aktiviti mewarna, membaca dan permainan seperti lego cukup membantu mengatasi keterujaan keterlalua­n terhadap gajet,” katanya.

Beliau berkata, memukul dan bercakap kasar dengan anak bukan satu tindakan bernas kerana ia membuatkan anak lebih tantrum dan sukar dipujuk.

Saya selalu melihat situasi ibu bapa sibuk membeli belah dan anak diberi telefon supaya ‘diam’ seketika. Ini situasi tidak sihat dan ia hanya membuatkan anak lebih agresif, aktif melampau dan kerap memberonta­k jika tidak diberikan telefon bimbit” Dr Roliza Ibrahim, Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Aktiviti luar seperti bermain di taman permainan, padang antara cara mengalih perhatian anak daripada gajet.
Aktiviti luar seperti bermain di taman permainan, padang antara cara mengalih perhatian anak daripada gajet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia