Berita Harian

Berbasikal ke seluruh negara semai perpaduan

Projek57 anjur Unity Ride sambil bantu kanak-kanak memerlukan

-

Pertubuhan sosial yang dinamakan Projek57 mengorak langkah memupuk dan meningkatk­an kesedaran mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini menerusi acara berbasikal seluruh negara.

Diketuai pengasasny­a, Collin Swee dan Syed

Sadiq Albar Syed Hamid Albar, acara berbasikal berkenaan akan merentasi Malaysia bermula 6 Ogos hingga 16 September ini.

Kumpulan berkenaan akan berhenti di setiap pelusuk kampung dan bandar kecil di seluruh negara sambil menerapkan aktiviti berunsur perpaduan membabitka­n anak muda dari universiti tempatan dan sekolah yang akan menyertai acara bersama komuniti.

Bantu beli barangan

Syed Sadiq Albar berkata, perjalanan Unity Ride itu akan bermula pada jam 7 pagi di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penyertaan orang ramai berbasikal sejauh tujuh kilometer di sekitar bandar raya berkenaan.

“Ia juga sempena KL Car Free Morning

yang berlangsun­g pada waktu dan tempat sama pada 6 Ogos ini.

“Orang ramai boleh bersama mengibarka­n Jalur Gemilang dan menyanyika­n lagu Negaraku di Dataran Merdeka bermula jam 9 pagi sebelum kayuhan pertama dimulakan bagi perjalanan sejauh 57 kilometer (km) menuju perhentian pertama di IOI City Mall Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, orang ramai boleh membantu dengan membeli barangan yang dijual, termasuk baju-t eksklusif Unity yang pada hari berkenaan.

Beliau berkata, sebahagian keuntungan jualan baju-t berkenaan akan disalurkan kepada kanakkanak yang memerlukan.

“Saya ingin seluruh rakyat Malaysia menyertai kami dan bangkit daripada perkara negatif yang boleh menjatuhka­n kita,” katanya.

Orang ramai boleh bersama mengibarka­n Jalur Gemilang dan menyanyika­n lagu Negaraku, di Dataran Merdeka bermula jam 9 pagi sebelum kayuhan pertama dimulakan” Syed Sadiq Albar, Pengasas Projek57

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] ?? Syed Sadiq (kanan) bersama Swee menyiapkan cenderahat­i untuk peserta Unity Ride pada 6 Ogos ini.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] Syed Sadiq (kanan) bersama Swee menyiapkan cenderahat­i untuk peserta Unity Ride pada 6 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia