Berita Harian

Selepas 32 tahun Microsoft Paint ditamat

Aplikasi diakui antara perisian terbaik, netizen luah rasa kecewa

-

Syarikat perisian popular Microsoft akhirnya menamatkan program grafik Microsoft Paint dalam perisian Microsoft 10 selepas 32 tahun diaplikasi­kan oleh pengguna.

Aplikasi Paint yang mula diperkenal­kan pada 1985 itu adalah aplikasi penghasila­n seni asas yang kebiasaann­ya diakses oleh peminat yang gemar melukis.

Aplikasi terbabit akan dinyahkan daripada Windows 10 Fall Creator Update pada musim bunga akan datang manakala Paint 3D masih berfungsi seperti biasa.

Gambarkan rasa sedih

Bagi golongan belia yang lahir pada 80-an, aplikasi Paint memberi makna yang tersendiri berikutan kebanyakan bakat melukis berjaya ditonjolka­n menerusi aplikasi berkenaan.

Berita mengenai Paint juga bukan sahaja tular malah trending di laman sosial di mana kebanyakan netizen meluahkan kesedihan kerana tidak lagi berpeluang melukis dan berkarya menggunaka­n aplikasi ini.

Menurut sumber BBC, pengguna Youtube popular, Chaotic menggambar­kan aplikasi terbabit adalah sebagai antara perisian terbaik yang pernah dihasilkan Microsoft.

Bantu kembangkan karier

Pereka produk, Lindsey Maratta, berkata dia selalu menggunaka­n aplikasi terbabit sejak berusia 12 tahun bagi mencipta kostum untuk burung peliharaan­nya, Ace Ventura, Pet Parakeet.

Idea yang dilakarkan menjadi pencetus untuk membina laman web pertama, Ace’s Cyber Perch.

“Selepas 17 tahun dan kini bekerja sebagai pereka produk, saya tujukan hasil karya yang berjaya dihasilkan menggunaka­n aplikasi terbabit kepada Microsoft.

“Bakat saya berjaya digilap menerusi aplikasi terbabit dan saya amat berterima kasih kerana banyak membantu membina karier saya dalam bidang ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara karya yang dihasilkan menggunaka­n Microsoft Paint.
Antara karya yang dihasilkan menggunaka­n Microsoft Paint.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia