Berita Harian

Salman Khan bintangi filem muzikal

-

Sepanjang 30 tahun bergelar pelakon, Salman Khan, 51, sudah membawakan pelbagai watak, malah setiap filemnya mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit di dalam mahu pun luar negara.

Dianggap berada dalam senarai aktor berpendapa­tan paling tinggi dan menjadi buruan penerbit, siapa sangka sebenarnya beliau belum pernah sepenuhnya terbabit dalam filem muzikal.

Melihat sejarah filem terdahulu lakonannya, boleh dikatakan Salman bukan hanya seorang pelakon yang bagus, malah mampu menari dengan baik sekali gus dicemburui ramai.

Apa pun, nampaknya hajat peminat mahu menyaksika­n hero pujaan mereka menari sepanjang filem berlangsun­g bakal direalisas­ikan menerusi projek terbaru.

Diganding Jagueline

Filem yang masih dirahsiaka­n judulnya itu akan diarahkan Remo D’souza dan menariknya, Salman bakal kembali berganding­an dengan aktres muda, Jacqueline Fernandez.

Sebelum ini, pasangan yang dikatakan sangat serasi di layar perak itu pernah berpasanga­n pada 2014 menerusi filem berjudul Kick.

“Ya, filem Remo D’souza akan dibintangi Jaqueline dan saya. Jaqueline ialah penari yang amat luar biasa. Sepanjang bekerja dengannya saya melihat dia melakukan tanggung jawabnya dengan cemerlang,” kata Salman.

Dalam kisah yang bakal digarap secepat mungkin ini, aktor berkenaan membawakan watak sebagai bapa kepada seorang anak perempuan berusia sembilan tahun.

Sebagai bapa penyayang, watak terbabit bakal memenuhi permintaan si kecil untuk menyertai pertanding­an tarian dan berlatih di bawah bimbingan guru tari jelita.

 ??  ?? Babak Salman dan Jaqueline dalam filem Kick.
Babak Salman dan Jaqueline dalam filem Kick.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia