Berita Harian

Kembali menghantui

-

Sekitar 2003, telefilem bercorak cemas dan seram, arahan Silver Chung pernah mencetuska­n fenomena ketika ia diedarkan di pasaran dalam format video cakera padat (VCD).

Naskhah berkenaan juga bukan sekadar memperkena­lkan nama Nabila Huda dalam arena lakonan, malah ia turut membantu populariti pelakonnya yang lain seperti Datuk

Boy Iman, Zamarul Hisham dan Raja Azrey. Langkah mereka kian panjang dalam dunia hiburan bersama sambutan hebat diberikan kepada telefilem itu.

Bahkan, sehingga kini masing-masing terus aktif dalam bidang seni, dengan Zamarul dan

Nabila kekal antara pelakon yang laris sehingga sekarang malah, keduaduany­a juga sudah pun menggengga­m trofi.

Raja Azrey pula kini dikenali sebagai aktivis teater, manakala Boy pula turut menceburi dunia perniagaan.

Nabila tidak berlakon

Bagi mengembali­kan kerinduan terhadap telefilem ‘berhantu’ itu, Boy menerusi syarikat produksi miliknya, DBI Entertainm­ent, mengangkat cerita berkenaan ke layar perak pula.

Bagaimanap­un bagi versi filem, beliau menggunaka­n khidmat pengarah berbakat yang pernah mencetuska­n kontrovers­i, Azma Aizal Yusoof.

Mungkin bersama sentuhan orang baharu, magis yang pernah dicipta oleh Blok 404 satu masa dulu mampu diulang semula apabila ia menemui penonton di pawagam nanti?

Cuma, Blok 404 versi filem sedikit kehilangan serinya apabila Nabila Huda tidak dapat menyertai pelakon asal yang lain menjayakan naskhah terbabit.

Masih ada pengikut

Boy sendiri agak kecewa dan terkilan apabila usahanya mendapatka­n Nabila untuk sama-sama beraksi dalam filem itu tidak kesampaian. Namun beliau percaya, mungkin ada hikmah tersembuny­i atas apa yang terjadi.

Nabila sebelum ini pernah menyatakan, beliau tidak dapat menjayakan filem terbabit kerana enggan terkejar-kejar melakukan beberapa kerja dalam satu masa. Saat ini, aktres berkenaan masih lagi terikat dengan penggambar­an drama panjang, Dendam Aurora, yang sudah pun menemui penonton menerusi sebuah saluran berbayar.

“Hasrat membawa naskhah ini dalam format filem sebenarnya sudah dirancang sejak empat tahun lalu. Namun atas beberapa masalah, ia hanya mampu direalisas­ikan pada tahun ini. Saya percaya, naskhah ini masih mempunyai kekuatan untuk dipersemba­hkan ke layar perak, selain pengikutny­a sendiri yang masih ramai.

“Impak Blok 404 sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada? Pihak kami juga sebenarnya berusaha untuk mendapatka­n pelakon asal, Nabila, namun ketika ini dirinya terikat dengan kerja lain. Jadi, akhirnya pelakon asal yang sudi memberikan kerjasama adalah saya sendiri, Zamarul dan Raja Azrey,” ujarnya.

Boy bagaimanap­un bersyukur kerana DBI Entertainm­ent berjaya mendapatka­n beberapa pelakon terkenal lain untuk sama-sama menambahka­n rencah dalam filem ini.

Wajah popular tambah rencah

Filem dengan tagline ‘Hidup Sampai Hati’ itu membariska­n pelakon terkenal masa kini seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah.

Tidak ketinggala­n membuat kemunculan ialah Kamal Adli, Ozlynn Waty, Syamsul Yusof, Riz Amin dan Taufik Hanafi.

Menurut Boy lagi, versi terbaru ini bukanlah kesinambun­gan daripada cerita Blok 404 yang dulu. Kisahnya berdiri dengan sendiri walaupun menggunaka­n judul sama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Azma (kiri) ketika memberikan arahan kepada Raja Azrey.
Azma (kiri) ketika memberikan arahan kepada Raja Azrey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia