Berita Harian

Kekal melodi mendayu

Album mini bakal temui peminat penghujung tahun

-

Pada zaman kemuncak populariti­nya, sekitar awal 2000, Intan Sarafina belum lagi mendirikan rumah tangga. Bagaimanap­un, selepas berkahwin pada 2008 dan menimang cahaya mata, Intan mula memperlaha­nkan pecutan kerjaya nyanyianny­a. Secara perlahan-lahan juga, dirinya menghilang daripada radar seni.

Bagaimanap­un selepas tiga anaknya semakin membesar, pemilik nama Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya ini kembali ke dunia muzik dengan langkah awal menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketiga (GV3). Dan, ketika itulah, si suami, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkiflee, 41, kelihatan saban minggu menemani isterinya beraksi.

Justeru, apabila Intan dilihat semakin aktif dan bakal muncul dengan single terbaru, bulan depan, timbul pertanyaan apakah suaminya kekal menguruska­n kerjaya wanita jelita ini. Jika sebaliknya, apakah ada syarat perlu dipatuhi Intan memandangk­an statusnya sebagai isteri dan juga ibu?

Tiada syarat dikenakan suami

Menjawab pertanyaan itu, penyanyi berusia 36 ini menjelaska­n, tiada sebarang syarat yang dikenakan suaminya. Cuma sebagai isteri dan ibu, dia harus bijak membahagik­an waktu serta menjaga batasan, sesuai dengan status disandangn­ya sekarang.

“Ketika saya masih bersaing dalam GV3, kehadiran suami saban minggu sekadar menemani, selain memberikan sokongan terhadap kerjaya isterinya. Kehadirann­ya juga menjadi pendorong untuk saya. Dia juga sebenarnya banyak memberikan komentar terhadap persembaha­n saya.

“Apabila saya kembali aktif, dia lebih selesa membiarkan kerjaya saya diurus oleh pihak pengurusan dan dia takkan masuk campur. Saya sendiri selesa dengan cara sebegini,” kata pemenang tempat kelima GV3 ini kepada HIP.

Rakam lagu ciptaan Tam, Amylea

Seperti yang pernah diuar-uarkan sebelum ini, Intan sudah pun selesai merakamkan tiga lagu. Ketika ini, tinggal lagi dua lagu untuk dirakam sebelum dirinya muncul dengan album mini, sekitar November ini.

Lagu yang sudah pun siap dirakam itu masingmasi­ng berjudul Di Awan ciptaan Tam Spider,

(Amylea AF) dan sebuah lagi hasil ciptaan Ippo Hafiz yang belum berjudul. “Kami memilih lagu

sebagai pertama dan ia akan mula menemui peminat bulan depan.

Lagu itu sesuai dengan imej saya dan melodinya masih mendayu-dayu.

“Pengalaman merakamkan lagu di studio memang berbeza. Maklum sajalah, saya pun sudah lama tidak masuk ke studio rakaman, jadi suasananya sangat berlainan berbanding dulu. Paling ketara, semuanya menggunaka­n komputer.

“Selain suasananya yang tidak lagi sama, rakaman kali ini lebih meyakinkan kerana saya juga ada masuk kelas vokal di bawah bimbingan penyanyi Syafinaz.

Dengan memasuki kelas, sedikit sebanyak ia turut memantapka­n suara saya. Baru saya tahu, vokal saya boleh menjadi dinamik dengan menggunaka­n teknik nyanyian yang betul,” kata Intan yang pernah meletup dengan lagu Kembali.

Sempena kemunculan single terkini, Intan juga bakal tampil dengan imej lebih segar dan sesuai statusnya ketika ini.

“Dulu imej Intan lebih kepada remaja, tetapi kali ini, selepas berbincang dengan pihak label, mereka mahu Intan tampil lebih segar dan nampak lebih matang. Tunggulah nanti bagaimana hasilnya,” ujar Intan dalam nada teruja.

Mungkin ramai yang tidak tahu, penyanyi berasal dari Johor ini pernah aktif dalam dunia lakonan. Dia pernah membintang­i filem Janji Diana pada

2003 yang menampilka­n bintang utama seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Faizal Hussein dan Sarimah Ibrahim.

Pilihan nyanyian

Sebaik saja tamat program GV3, Intan juga pernah berlakon sebuah telefilem berjudul Misteri Sofa

Lama bersama penyanyi Zarul Umbrella.

Walaupun turut meminati bidang lakonan, namun kata Intan, dia terpaksa memilih kerana

 ??  ??
 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] ??
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia