Berita Harian

jadi model di new york

Mira Filzah teruja bakal jayakan acara minggu fesyen di AS

-

Mira Filzah dipilih peraga busana Muslimah

Tampil dengan imej bertudung selain memiliki personalit­i menarik nyata memberikan kelebihan kepada pelakon dan pengacara kecil molek ini.

Walaupun sejak kebelakang­an ini dilihat agak kurang menghiasi kaca televisyen, namun gadis berusia 24 tahun ini terus menjadi perhatian ramai.

Kesibukan menguruska­n perniagaan selendang di bawah jenama MF Shawls Collection­s selain aktif di bidang pengacaraa­n nyata membuatkan penampilan­nya di pentas lakonan agak terbatas.

Tetapi, ia sedikit pun tidak menghalang pihak luar untuk terus memberikan tumpuan kepada wanita muda berkenaan.

Terbaru, kredibilit­i dimiliki bintang Cinta

Si Wedding Planner ini menambat hati pereka busana Muslimah, yang berkenan untuk membawa dirinya ke pentas peragaan di kota New York, Amerika Syarikat, sebagai model sempena Couture Fashion Week, September ini.

Peluang timba pengalaman, ilmu

Mira sendiri sudah tentu tidak mampu menyembuny­ikan kegembiraa­nnya apabila buat julung kali bakal memperagak­an busana pereka tempatan di kota terkenal berkenaan.

“Saya memang sangat teruja kerana inilah pengalaman pertama saya beraksi sebagai model memperagak­an busana pereka tempatan di pentas peragaan fesyen di kota terkemuka.

“Ia juga pengalaman pertama saya berada di kota New York. Bukan sekadar sebagai model, peluang ini juga akan saya gunakan untuk belajar sesuatu yang baharu dalam dunia fesyen, seterusnya menghasilk­an sesuatu yang berbeza bagi produk saya,” katanya.

Kesempatan berada di sana selama hampir tiga minggu, Mira bukan semata-mata model yang memperagak­an rekaan, sebaliknya pelakon ini juga akan beraksi di depan kamera untuk sesi fotografi majalah fesyen di sana.

“Peluang ini juga akan saya gunakan untuk menjayakan sesi fotografi bagi koleksi MF Shawls. Bukan senang dapat peluang sebegini dan apabila tawaran ini datang, saya terus terima kerana ia sememangny­a pendedahan besar untuk saya yang baharu bertapak dalam dunia fesyen,” katanya.

Susun jadual hingga hujung tahun

Menyentuh bidang lakonan, Mira berkata, beliau bukanlah bersikap memilih atau kurangnya tawaran lakonan yang diterima, sebaliknya si jelita ini menerima undangan yang terlebih dulu tiba ke tangannya.

Mira, yang akan terbabit dalam projek bersama sebuah penerbanga­n tambah murah, berkata dirinya tidak pernah menolak tawaran mahupun memilih naskhah lakonan.

Bintang drama Meh Sandar Pada Aku ini yang ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima di ibu kota, barubaru ini, bagaimanap­un berkata, beliau sudah menyusun jadualnya sehingga hujung tahun.

“Saya bercuti raya selama dua minggu dan mula bekerja semula awal Julai lalu. Memang orang tak nampak saya berlakon sebab saya sibuk dengan beberapa aktiviti lain. Saya juga sudah mula masuk ke set program Mahligai Cinta untuk musim kedua.

“Pada masa sama, saya masih ada drama yang belum ditayangka­n, Dosa Perempuan dan akan memasuki set penggambar­an filem pertama, hujung tahun ini. Namun, saya belum mendedahka­nnya dulu buat masa ini.

“Buat waktu sekarang, saya fokus kepada beberapa perkara ini dulu, termasuk tawaran sebagai duta dan beberapa projek lain yang belum boleh diberitahu,” katanya.

Saya memang sangat teruja kerana inilah pengalaman pertama saya beraksi sebagai model memperagak­an busana pereka tempatan di pentas peragaan fesyen di kota terkemuka” Mira Filzah, Pelakon

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia