Berita Harian

sunny leone dikecam

-

Bekas bintang porno dianggap tak layak ada anak

Kerjaya lakonan Sunny Leone di dunia perfileman Bollywood belum diterima sepenuhnya apabila hingga kini, ramai mengungkit mengenai kisah lampaunya sebagai bekas bintang lucah.

Bersama harapan membina kehidupan berkeluarg­a, pelakon yang masih tegar dengan imej seksi itu tekad mengambil anak angkat atas persetujua­n suaminya, Daniel Weber.

Bagaimanap­un, keputusan kedua-duanya yang pernah terbabit dalam industri filem dewasa, dengan suaminya sendiri bertanggun­gjawab sebagai pengarah, tetap berdepan kecaman.

Kehadiran si kecil berusia 21 bulan yang diberikan nama Nisha Kaur Weber menyebabka­n kedua-duanya meraih komen nakal ramai netizen di laman sosial.

Semuanya gara-gara gambar bayi perempuan itu yang dimuat naik Sunny bersama kapsyen mengungkap­kan kebahagiaa­nnya memiliki keluarga kecil itu.

Menyatakan ia sebagai hadiah terindah buat kedua-duanya, maklum balas daripada peminat agak menyedihka­n apabila ramai meluahkan kata-kata sinis dan berharap anak itu nanti tidak terjerumus dalam kancah filem dewasa.

Tak layan kecaman

Enggan melayani kenyataan dan luahan sedemikian, Sunny dan suaminya langsung tidak memberi balasan terhadap cemuhan terbabit atau membalas komen berkenaan.

Terdahulu, Sunny, 36, yang mendapat kerakyatan Amerika Syarikat, dikenali sebagai pelakon filem dewasa hingga diangkat sebagai antara 10 bintang porno terbaik 2010.

Namun, kelibatnya mula muncul di persada perfileman arus perdana Bollywood pada 2012 menerusi filem seram berjudul Jism 2, yang masih menonjolka­n imej seksinya, sebelum disusuli beberapa naskhah lain.

Pemilik nama sebenar Karenjit Kaur Vohra itu mengahwini weber, seorang pemuzik yang turut aktif dalam tugasan pengarahan, kira-kira enam tahun lalu.

 ??  ?? Leone dan Weber bersama anak angkat mereka, Nisha.
Leone dan Weber bersama anak angkat mereka, Nisha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia