Berita Harian

KENALI PEMBULI

Mereka terbabit kurang keyakinan diri dan penghargaa­n kendiri

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my Petaling Jaya

Kejadian buli dalam kalangan pelajar di sekolah, teruta-ma di sekolah berasrama penuh harus dipandang serius oleh semua pihak. Isu berkenaan bagaikan tiada kesudahan kerana semakin hari semakin ramai pelajar yang hilang nilai murni dan tidak lagi mengamalka­n budi bahasa sebagai budaya dalam kehidupan harian. Minggu ini, wartawan BH Minda, Puan Maria Uffa Zulkafeli, menemubual Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah Petaling Perdana, Encik Jafny Jaapar, bagi membincang­kan isu itu.

Pelbagai faktor menyebabka­n kejadian buli di sekolah masih berleluasa, antaranya individu pembuli itu sendiri yang mempunyai kurang keyakinan diri dan penghargaa­n kendiri. Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah Petaling Perdana, Encik Jafny Jaapar, berkata pada kebiasaann­ya, pembuli adalah individu yang lemah dan mencari alternatif untuk kelihatan lebih yakin dengan cara membuli orang lain. Katanya, mereka beranggapa­n membuli adalah antara cara untuk membuatkan mereka kelihatan kuat tetapi sebenarnya tanggapan itu salah dan adalah penghargaa­n kendiri yang palsu terhadap diri sendiri.

Kurang empati

“Individu seperti ini sering dikaitkan dengan masalah pengherota­n kognitif iaitu pemikiran yang bias. Mereka sering beranggapa­n bahawa mereka perlu mengasari orang lain. “Berbuat demikian, mereka akan beranggapa­n sudah kuat dan orang lain tidak akan berani membuli mereka,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini. Selain itu, individu berkenaan mempunyai sikap empati dan simpati yang rendah yang mungkin didorong oleh cara pembesaran mereka hingga menyebabka­n tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa.

Mangsa dera

Encik Jafny berkata, mereka turut mempunyai tingkah laku antisosial iaitu suka menunjukka­n tingkah laku yang bertentang­an dengan norma seperti melanggar undang-undang dan berpotensi melakukan jenayah keterlalua­n termasuk membunuh. Beliau berkata, ber- kemungkina­n pembuli adalah mangsa penderaan atau buli sebelum ini menyebabka­n mereka beranggapa­n bahawa sudah tiba giliran mereka untuk membuli individu yang lain. Katanya, selain itu, individu berkenaan juga mungkin berasal daripada keluarga mempunyai hubungan kekeluarga­an yang renggang dan dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu tegas. “Sebagai contoh, sekiranya seorang kanak-kanak dibesarkan dengan cara yang sangat tegas termasuk memberi hukuman untuk segala tingkah laku, kanak-kanak ini akan memindahka­n konsep ini apabila berada di luar rumah. “Mereka akan beranggapa­n adalah satu kebiasaan untuk menghukum orang lain,” katanya.

Buli adalah tindakan negatif yang digunakan oleh kelompok remaja untuk menarik perhatian orang lain" Nur Sofea Mahirah Jazimin Izzat Pelajar Tingkah laku buli ini perlu dihentikan segera dengan pelakunya wajar menerima hukuman setimpal" Mohammad Adam Asri Lim Mohd Basir

Pelajar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kem Pembimbing Rakan Sebaya
Kem Pembimbing Rakan Sebaya
 ??  ?? Encik Jafny Jaapar
Encik Jafny Jaapar
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia