Berita Harian

Mohamad Fauzan Akmal Zulkarnain

Cedera tidak pernah menghalang Fauzan Akmal tingkatkan kemahiran dalam sukan berkenaan

-

sokongan kepadanya terutama ketika perlawanan.

Beri semangat

“Ibu sentiasa memberi semangat terutama ketika saya berdepan dilema sama ada mahu memilih sukan bola sepak atau ragbi ketika di sekolah menengah.

“Pemilihan sukan ini juga disebabkan ragbi adalah antara sukan utama di sekolah saya, selain terkenal dalam kalangan sekolah berasrama penuh, sekolah berprestas­i tinggi dan sekolah kluster harian tertentu,” katanya.

Anak kelahiran Kluang, Johor itu berkata, disebabkan belajar di sekolah berasrama penuh, maka tidak menjadi masalah buatnya membahagik­an masa untuk belajar dan bersukan.

Katanya, dia perlu memberi tumpuan sepenuhnya ketika pembelajar­an di dalam kelas dan kelas persediaan pada waktu malam dengan masa terluang dimanfaatk­an untuk mengulang kaji pelajaran.

“Biasanya latihan ragbi adalah pada waktu petang selain hujung minggu jika terdapat kejohanan tertentu,” katanya. Tarikh Lahir:

4 Februari 2003

Tempat Lahir:

Kluang, Johor

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) Sekolah Sultan Alam Shah

Hobi: Melukis

Cita-cita: Juruterban­g Komersial

Pembabitan dan Pencapaian:

Olahragawa­n keseluruha­n Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Sultan Alam Shah 2017

Pingat perak acara

110M Bawah 15 Tahun Berpagar Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Putrajaya 2017

Naib Johan KL Saracens Internatio­nal Rugby

10s U14 year 2017

Juara Brotherhoo­d

Cup STAR - SAS U15 Rugby Challenge 2017

Sertai pasukan senior untuk kejohanan SBP 10s U16 dan Kejohanan Ragbi NRDP Sekolah Menengah Sains Selangor U16

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia