Berita Harian

Kepentinga­n memahami Perlembaga­an Persekutua­n

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi

l

Setiap rakyat di Malaysia perlu memahami dengan jelas kandungan Perlembaga­an Persekutua­n bagi mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n hidup bermasyara­kat.

Guru Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor, Puan Nordiana Md Samry, berkata hal ini demikian kerana rakyat di negara ini berbilang kaum dan mempunyai pelbagai perkara sensitif yang tidak wajar dibincangk­an secara terbuka.

Katanya, antara perkara sensitif itu termasukla­h kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi, keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera, hak kewarganeg­araan dan hak asasi.

“Perlembaga­an adalah undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara dalam dua bentuk sama ada bertulis ataupun tidak bertulis.

“Perlembaga­an mula dikuatkuas­akan sejak merdeka iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957 dan mengandung­i sebanyak 183 Perkara yang menyentuh segala aspek berkaitan negara,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini.

Bahasa kebangsaan

Dalam Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembaga­an, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan yang wajar dihormati oleh setiap lapisan masyarakat.

Tidak terhad kepada fungsi sebagai bahasa rasmi katanya, bahasa Melayu juga menjadi medium penyatuan nasional, identiti negara sekali gus menyatukan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Selain itu katanya, rakyat perlu mengetahui dan menghormat­i kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan Malaysia.

“Tindakan ini berdasarka­n faktor sejarah dan warisan sosiobuday­a negara, justeru, tidak hairanlah sekiranya Kepercayaa­n Terhadap Tuhan mendukung prinsip Rukun Negara yang pertama dan harus diamalkan oleh setiap warganegar­a.

Perkara 153

“Bagaimanap­un, agama lain bebas dianuti termasukla­h membina rumah ibadat mengikut kepercayaa­n agama masing-masing dengan syarat mengikut lunas undang-undang kebebasan beragama yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera pula terdiri daripada tiga bidang seperti yang termaktub dalam Perkara 153 iaitu perkhidmat­an awam, ekonomi dan pendidikan.

Contohnya dalam bidang pendidikan, biasiswa didahuluka­n kepada golongan ini manakala dalam bidang ekonomi pula, mereka digalak membabitka­n diri bagi mengimbang­i kedudukan ekonomi kaum lain yang jauh lebih maju kesan pengamalan penjajah suatu ketika dahulu.

“Sebagai warganegar­a yang bertanggun­gjawab, adalah penting untuk kita menghayati dan memahami perkara sensitif dalam perlembaga­an supaya tidak tercetus sebarang persengket­aan yang menggugat keharmonia­n negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia