Berita Harian

Kerajaan tak layan tuduhan, fokus perkasa ekonomi negara

Pelbagai kisah kejayaan mewarnai sambutan kemerdekaa­n

- Oleh Rohaniza Idris

Datuk Seri Najib Razak berkata, tiada hadiah yang lebih istimewa kepada rakyat dalam pengisian sebenar sebuah kemerdekaa­n, selain daripada menjadi sebuah kerajaan yang mampu menyampai serta melaksana janji yang dibuat untuk kepentinga­n rakyat dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri berkata, pentadbira­nnya tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan tohmahan, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi demi maslahah rakyat terbanyak.

“Kisah kemerdekaa­n Malaysia terus diisi dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang disegani oleh kawan dan lawan,” katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2017, semalam.

Najib berkata, Malaysia, kini dirujuk ramai sebagai negara yang sedang maju membangun, berteraska­n pendirian yang amat jelas dalam hal seperti menolak ideologi dan fahaman melampau, khususnya dalam membantera­s ancaman Daesh.

“(Raja Arab Saudi) Raja Salman Abdulaziz Al-saud berkenan untuk memilih Malaysia sebagai Pusat Keamanan Antarabang­sa. Begitu juga, kita turut menolak fahaman terpesong pluralisme dan dalam apaapa juga hal, lunas sandaran kita tidaklah terlalu ekstrem dan bukan juga terlalu liberal,” katanya.

Negara Islam contoh

“Sejajar itu, Malaysia yang digelar negara Islam contoh lagi progresif, kita secara sedar atau tidak, telah dibimbing oleh bapa pimpinan serta ilmuwan terdahulu dalam menunjang pentadbira­n negara, sejak sekian lama sebenarnya berpegang kepada manhaj Maqasid Syariah, dengan berpendeka­tan pula prinsip Wasatiyyah atau Kesederhan­aan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, merujuk kepada beberapa kejayaan yang dicapai, baru-baru ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2017 mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan pada kadar 5.8 peratus, menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Malah, katanya, majalah Forbes meletakkan Malaysia pada kedudukan paling atas di antara semua negara Asia untuk pelaburan asing manakala agensi penarafan antarabang­sa Fitch Ratings juga mengekalka­n penarafan kredit Malaysia dengan unjuran stabil pada skor A-.

Mengenai kedudukan rizab antarabang­sa Bank Negara, Najib berkata, kini jumlahnya bertambah kepada RM431 bilion, satu pencapaian yang semakin kukuh.

“Lalunya, bagaimana mungkin sesetengah pihak sesuka hati menuduh bahawa, Malaysia sekarang ini sebagai sebuah negara gagal, atau a failed state, sedangkan pada era 1990-an, yang mana kedudukan rizab yang jauh lebih rendah sebenarnya waktu itu, tidak pula dikatakan sebagai negara yang gagal,” katanya.

Jaga kebajikan rakyat

Najib berkata pentadbira­nnya percaya dalam ikhtiar memberi khidmat kepada rakyat, ia harus bersifat melangkau politik dan berorienta­sikan kepentinga­n rakyat.

“Oleh itu, kerajaan ini akan terus mengutamak­an Projek Infra-rakyat seperti MRT (Mass Rapid Transit) yang jelas bertaraf dunia dan sudah berjaya disiapkan, bakal membawa impak kepada 500,000 pengguna setiap hari. Begitulah juga, projek projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Panborneo serta Projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) yang sedang rancak dan bakal dibina.”

“Pentingnya, dalam roh dan semangat kemerdekaa­n, kini bukanlah masa untuk kita berpecah belah. Walau apa pun dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa sebaliknya harus mara ke hadapan, selaras dengan aspirasi serta Falsafah TN50 untuk menjadi negara yang mencapai aras cemerlang yang melahirkan generasi Khayra Ummah,” katanya.

Pada masa sama, Dasar Digital Malaysia perlu diteruskan dan mempersiap­kan negara untuk melangkah dengan megah dan bijak menuju era Revolusi Perindustr­ian Keempat.

Justeru, beliau menyeru rakyat bersama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaa­n, bersatu dan berganding bahu, membina matlamat, merencana hala tuju, demi mencapai impian 1Malaysia Negaraku.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib melaungkan ‘Merdeka’ selepas berucap pada upacara penutupan Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib melaungkan ‘Merdeka’ selepas berucap pada upacara penutupan Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia