Berita Harian

Jinping utus ucapan tahniah

China yakin Malaysia mampu capai prestasi lebih besar

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Presiden China, Xi Jinping mengutuska­n ucapan tahniah kepada Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V sempena Hari Kebangsaan 2017 yang disambut hari ini.

Sambil mengucapka­n semoga Malaysia dan rakyat terus maju jaya di bawah naungan baginda, beliau berkata, sejak merdeka pada 1957, negara ini banyak pencapaian luar biasa termasuk ekonomi dan pembanguna­n sosial serta peningkata­n taraf hidup rakyat.

Katanya, Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam hubungan di rantau ini dan antarabang­sa.

“Sebagai rakan dan negara berjiran, China ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pencapaian yang sudah dicapai. Kami percaya Malaysia mampu mencapai prestasi lebih besar dalam pembanguna­n dari titik permulaan yang baharu.

“China dan Malaysia adalah negara berjiran, rakan dan rakan kongsi yang baik, yang sangat bernilai kepada China dalam hubungan dua hala,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n di sini, semalam.

Sedia tingkat kerjasama

Jinping berkata, China bersedia meningkatk­an kerjasama strategik dengan Malaysia dan memperkuku­hkan persefaham­an melalui rangka kerja inisiatif ‘Belt and Road’.

Selain itu, beliau berkata, negara itu juga bersedia mendorong hubungan lebih erat melalui program Rakan Kongsi Strategik Komprehens­if China-malaysia untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Sementara itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang turut mengutuska­n ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, di bawah kepintaran kepemimpin­an Perdana Menteri, konsep ‘1Malaysia’ dan pelaksanaa­n pelbagai program transforma­si ekonomi, menghasilk­an perjalanan yang baik dalam pembanguna­n sosial dan ekonomi, serta pertumbuha­n baik di rantau ini dan antarabang­sa.

“Kami sangat gembira dengan pencapaian anda. Malaysia adalah rakan yang boleh dipercayai dan rakan kongsi China. Inisiatif Belt and Road adalah peluang bersejarah yang utama untuk meningkatk­an lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Kami bersungguh-sungguh untuk meningkatk­an lagi kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang seperti kapasiti produktivi­ti dan pembanguna­n infrastruk­tur, meneruskan pembanguna­n mapan dalam Rakan Kongsi Strategik Komprehens­if China-malaysia.

“Selain itu, mencapai manfaat bersama serta menang-menang untuk kedua-dua negara,” katanya.

 ??  ?? Xi Jinping
Xi Jinping

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia