Berita Harian

Gabenor minta akaun BNM disemak

-

Putrajaya: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Jaffar Hussien terkejut ketika dimaklumka­n mengenai kerugian RM9 bilion dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing, sekitar 1990-an.

Bekas Penolong Ketua Audit Negara, Lee Siew Kuan, 86, memberitah­u suruhanjay­a siasatan, Jaffar juga tidak percaya BNM kerugian sebanyak itu lalu memintanya menyemak semula akaun BNM.

Katanya, nilai kerugian itu diperoleh ketika beliau sebelum itu diminta Jaffar untuk menyemak akaun BNM kerana jumlah keseluruha­n mata wang asing melebihi Rizab Emas dan Tukaran Mata Wang Asing, antara 1990 hingga 1993.

“Selepas semakan kedua, saya memaklumka­n kepada Timbalan Gabenor ketika itu, Tan Sri Lin See Yan. Kami memberitah­u Jaffar sekali lagi mengenai kerugian berkenaan, kemudian barulah beliau menerimany­a,” katanya.

Saksi ke-10 itu yang juga bekas Pengarah Audit di Jabatan Audit Negara, berkata beliau tidak dapat menyatakan siapa bertanggun­gjawab terhadap kerugian urus niaga itu antara 1990 hingga 1993 kerana tidak mempunyai fakta mengenainy­a.

Sementara itu, See Yan, 78, me- maklumkan kepada suruhanjay­a siasatan, semua urus niaga mata wang asing negara antara 1990 dan 1994, dikawal secara terus oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Pengurus/penasihat Jabatan Bank BNM ketika itu.

BNM rugi besar

Katanya, Nor Mohamed memegang jawatan berkenaan pada 1990 hingga 1994, melapor terus kepada Gabenor ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussien sehingga beliau bersara pada April 1994.

“Datuk Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid) memberitah­u beliau dilantik sebagai Pengurus Jabatan Bank pada Februari 1992, namun semua urus niaga mata wang asing dikawal Nor Mohamed, yang juga ketua pedagang.

“Bagaimanap­un, pada awal 1990, saya dimaklumka­n oleh bekas juru audit dalaman, Liew Siew Kuan dan seorang rakan daripada Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF), BNM rugi besar dalam urus niaga mata wang asing,” katanya.

Suruhanjay­a itu untuk menyiasat dakwaan Abdul Murad bahawa bank pusat itu kerugian lebih AS$10 bilion pada awal 1990-an dalam perdaganga­n mata wang asing. Kerugian akibat skandal itu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

 ??  ?? Lee Siew Kuan
Lee Siew Kuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia