Berita Harian

Pameran koleksi seni abstrak di Galeri BNM

100 karya seni hasil anak tempatan dipamer lima bulan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Peminat seni tempatan berpeluang menyaksika­n pameran koleksi seni abstrak hasil 28 pelukis terkemuka tanah air di Galeri Seni dan Muzium Bank Negara Malaysia (BNM) di sini bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, yang bermula hari ini.

Pameran selama lima bulan yang bertajuk The Unreal Deal - Enam Dekad Seni Abstrak Malaysia itu akan mempamerka­n hampir 100 karya seni hasil anak tempatan.

Antara pelukis yang mempamerka­n karya ialah Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussein, Latiff Mohidin, Yeoh Jin Leng dan Jolly Koh yang sudah dikenali sehingga peringkat antarabang­sa.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim, ketika berucap melancarka­n pameran seni itu, berkata pameran itu bertujuan mengetenga­hkan kewujudan dan perkembang­an seni abstrak tanah air selama enam dekad.

“Koleksi karya seni ini akan membawa kita melalui satu pengembara­an yang mendalam dari masa lalu sehingga ke zaman sekarang.

Fahami pengalaman

“Seni abstrak juga akan membolehka­n kita untuk memahami pengalaman mereka yang hidup pada zaman sebelum kita dan membantu kita memahami dengan lebih baik sejarah masa lampau,” katanya.

Muhammad berkata, pada hari ini banyak pihak menjadikan karya seni sebagai sebuah komoditi, tetapi setengah hasil seni tidak boleh diukur dengan nilai dari segi kewangan semata-mata.

Katanya, seni menggayaka­n sesebuah ketamaduna­n sama ada dalam bentuk semangat dan roh.

“Atas sebab itu BNM memulakan inisiatif untuk menyokong komuniti seni Malaysia sejak 40 tahun lalu.

“Hari ini kami memiliki lebih 2,000 koleksi hasil seni, namun kami hanyalah sebagai penjaga sementara kerana sebenarnya kami hanya menyimpan semua hasil seni untuk generasi akan datang,” katanya.

Pameran itu dibuka secara percuma setiap hari untuk orang awam dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD/BH] ?? Muhammad bersama pelukis, Dr Choong Kam Kow (kiri) serta penasihat galeri, Lucier de Gnise (kanan) ketika melawat pameran lukisan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, semalam.
[FOTO SUPIAN AHMAD/BH] Muhammad bersama pelukis, Dr Choong Kam Kow (kiri) serta penasihat galeri, Lucier de Gnise (kanan) ketika melawat pameran lukisan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia