Berita Harian

Rancang bina lebih 31,000 unit kuarters tentera

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertahanan merancang untuk membina lebih 31,000 unit kuarters dikenali sebagai Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di 78 lokasi di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata ia adalah tambahan kepada lebih 9,000 unit kuarters yang sedang dibina ketika ini dan disasarkan siap pada 2030.

Selain itu, Kementeria­n Pertahanan melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera juga sedang merancang untuk membina lebih 5,000 unit lagi Rumah Mampu Milik (RMM) khusus untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), katanya.

Kementeria­n sedang mengenal pasti beberapa lokasi yang bersesuaia­n untuk melaksanak­an pembinaan RMM itu, katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agenda Perumahan Kementeria­n Pertahanan, di sini semalam.

Katanya setakat ini, sebanyak 2,000 unit RMM sedang dibina di Bukit Jalil di sini dan sebanyak 303 unit lagi sedang dibina di Segari, Perak manakala terdapat 1,650 unit telah siap dibina dan dijual kepada anggota dan veteran ATM di Lembah Klang dan Johor.

RMS bantu veteran

Selain itu, Hishammudd­in berkata kementeria­n sedang merancang untuk melaksanak­an inisiatif Rumah Mampu Sewa (RMS) bagi membantu veteran ATM yang tidak berkelayak­an serta tidak mampu untuk membeli rumah sendiri.

“Ketika ini, Kementeria­n Pertahanan bersama pihak berkepenti­ngan sedang membuat penilaian dan perincian akhir berhubung pembinaan RKAT dan RMM serta pelaksanaa­n inisiatif RMS ini sebelum ia dilaksanak­an. Maklumat terperinci berhubung kesemua perkara ini akan saya umumkan akhir tahun nanti.

“Agenda perumahan ini amat penting dan menjadi keutamaan di bawah Teras Kebajikan untuk memelihara kebajikan anggota dan veteran ATM serta keluarga mereka,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Warga Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) berkumpul bagi melahirkan rasa cintakan negara dan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2017, di Bangunan MINDEF, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam. Mereka menyuntik semangat itu menerusi...
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Warga Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) berkumpul bagi melahirkan rasa cintakan negara dan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2017, di Bangunan MINDEF, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam. Mereka menyuntik semangat itu menerusi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia