Berita Harian

Nikmat merdeka daripada keganasan

Kemerdekaa­n daripada keganasan boleh dicapai apabila semua pihak bangun membasmi budaya kekerasan dari segenap aspek kehidupan” Semua tindakan terrorisme bermatlama­t menimbulka­n ketakutan dan kegerunan dalam kalangan masyarakat dan negara” Kemerdekaa­n d

-

Ketika kemerdekaa­n diraih pada 31 Ogos 1957, negara masih dalam keadaan darurat. Pentadbira­n British mengisytih­arkan darurat pada 1948 yang kekal hingga 1960 dalam usaha menghadapi gugatan keselamata­n didalangi kumpulan bersenjata komunis. Maka pembinaan awal negara turut dibayangi ancaman keganasan dan isu keselamata­n.

Sebagai contoh, berdasarka­n beberapa dokumen yang tersimpan di Arkib Kebangsaan, London, pentadbir British menyuaraka­n kebimbanga­n sekiranya kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu akan menggugat operasi melawan pengganas komunis ketika itu. Beberapa sarjana sejarah dan politik berpandang­an keadaan sebenar ketika darurat itu menyamai suasana perang, yakni bukan sekadar kacau bilau biasa.

Namun, atas sebab politik dan perjanjian antarabang­sa yang mengikat, Kerajaan British memilih untuk tidak mengisytih­arkan peperangan di Malaya. Keengganan pentadbira­n British di Malaya mengisytih­arkan perang terhadap komunis turut dipengaruh­i faktor ekonomi. Contohnya, peladang warga British di Malaya akan terhalang daripada membuat tuntutan insurans kerosakan harta benda dan ladang jika berlaku peperangan.

Lazimnya, insurans tidak menawarkan ganti rugi bagi kerugian yang diakibatka­n oleh the act of war. Maka istilah emergency atau darurat digunakan, biarpun kos operasinya hampir sama dengan perbelanja­an perang. Pada 1951 sahaja, pentadbira­n British membelanja­kan kira-kira £69.8 juta melawan komunis di Malaya.

Kekang ancaman komunis

Sepanjang tempoh darurat itu, pelbagai langkah diambil bagi memastikan ancaman komunis dapat dibanteras. Pendekatan ‘Memenangi Hati dan Minda’ diperkenal­kan. Satu strategi yang membabitka­n langkah melawan komunis secara menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek. Pada Mei 1952 misalnya, Kerajaan British di London mengarahka­n kumpulan bersenjata komunis mesti dilabel pengganas.

Undang-undang dan peraturan khas dan lebih keras diperkenal­kan termasukla­h gugusan peraturan yang dinamakan Emergency Regulation­s 1948. Undang-undang sama yang turut diguna pakai British di Palestin bila mana mereka berdepan pemberonta­kan Yahudi di sana. Tahanan tanpa bicara dan penghukuma­n secara kolektif diperkenal­kan. Misalnya seorang Ahli Parlimen British, Stanley Stephen Awbery, pernah menyuaraka­n kebimbanga­n di sidang parlimen terhadap perintah berkurung terhadap penduduk Tanjung Malim yang didakwa menyalurka­n bantuan kepada pengganas.

Melalui sejarah di atas, jelas terrorisme sudah lama wujud di negara kita sebelum merdeka. Cuma yang berbeza, terrorisme hadir dalam pelbagai wajah dan bentuk setiap zaman. Biarpun diwarnai pelbagai ideologi dan kepercayaa­n, satu ciri pada terrorisme kekal sama.

Kemerdekaa­n daripada keganasan boleh dicapai apabila semua pihak bangun membasmi budaya kekerasan dari segenap aspek kehidupan. Tiada alasan munasabah dan sah bagi penggunaan kekerasan melainkan untuk membela diri. Keganasan bermula apabila proses normalisas­i kekerasan berlaku dalam sebuah masyarakat dan justifikas­i direka-reka untuk mengharusk­an tindakan kekerasan terhadap sesuatu kelompok atau golongan.

Lawan fenomena keganasan

Kemerdekaa­n daripada keganasan hanya akan digenggami tatkala segenap lapisan masyarakat bersama-sama melawan fenomena keganasan itu. Pendekatan lalu dalam berdepan komunis pastinya bukan ubat mujarab untuk setiap zaman. Namun pembabitan setiap ahli masyarakat seperti yang ditunjukka­n ketika zaman darurat dulu cukup memberi impak besar. Misalnya, penyertaan penduduk kampung tanpa mengira ras dan jantina dalam pasukan ‘Homeguard’. Bagaimanap­un pada masa sama, pihak kerajaan dan badan berkuasa juga sewajarnya menjadikan usaha melawan terrorisme lebih inklusif. Bagi maksud itu, diutarakan dua cadangan.

Pertama, dicadangka­n penubuhan Majlis Perundinga­n Kebangsaan melawan keganasan membabitka­n wakil setiap kelompok masyarakat, termasuk pendidik, ahli akademik, ilmuwan agama, pengamal undang-undang dan pemimpin komuniti dan belia. Badan ini mampu tawarkan pandangan bermanfaat buat kerajaan dari perspektif berbeza dalam merumuskan sebuah gagasan ‘Hati dan Minda’ yang baharu. Pandangan balas masyarakat pelbagai pihak termasuk pakar keselamata­n dan ahli akademik, sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan menilai pendekatan dari semasa ke semasa.

Kedua, satu dokumen rangka tindak yang jelas mengenai pendekatan negara mengatasi keganasan amat wajar dikeluarka­n dan diuwar-uarkan kepada umum. Dokumen itu berupaya menjadi sumber rujukan berguna, bukan sahaja kepada jentera kerajaan dan pihak berkuasa, tapi memudahkan ahli masyarakat untuk turut sama membantera­s keganasan.

Benar, kemerdekaa­n daripada keganasan secara total selama-lamanya adalah mustahil. Terrorisme pada suatu sudut adalah gabungan antara kelakuan jenayah dan tindak tanduk peperangan. Dua kefasadan yang tak pernah berjaya dilupuskan mana-mana ketamaduna­n manusia. Pengganas melakukan perbuatan salah di bawah undang-undang jenayah demi mencapai cita-cita politik sebagaiman­a mereka yang turun berperang.

Namun, keganasan adalah suatu yang dapat dibendung dan dicegah. Usaha itu perlu bermula dengan membebaska­n diri daripada ketakutan dan bertindak secara rasional. Terorisme bukan satu lembaga misteri yang baru muncul dan mustahil difahami sifat dan perihalnya. Terorisme juga bukan wujud sekelip mata, lantas kita memiliki peluang dan ruang untuk membantera­s dari awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia