Berita Harian

Sosialisas­i politik media sosial hakis kesepaduan

-

Hari kemerdekaa­n negara ke-60, amat penting untuk kita amati lebih mendalam apakah itu ‘kemerdekaa­n’ bagi konteks kita sebagai rakyat Malaysia. Kemerdekaa­n dikaitkan dengan perubahan pemikiran, iaitu bentuk pemikiran jumud kepada suatu pemikiran moden, lebih-lebih lagi pembanguna­n media sosial yang memberi kesan kurang sihat terhadap perpaduan negara.

Berikutan perkembang­an media sosial, aspek keselamata­n negara terbuka dengan pelbagai ancaman, meningkatk­an ketelusan mengenai pemerintah dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincang­kan isu politik yang tidak lari daripada isu agama dan kaum.

Persoalann­ya ialah, sedalam manakah perasaan kebencian dan kejengkela­n ini? Hari ini jelas kita melihat bagaimana Sukan SEA yang berakhir semalam, dapat menyatukan keseluruha­n rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.

Pada hari ini, kuasa media sosial dalam menyampai, menyebar dan menjadikan sesuatu isu ‘viral’, terutama yang tidak diketahui kesahihann­ya. Selagi Barisan Nasional tidak memberikan perhatian serius dalam soal sosialisas­i politik anak muda dalam media sosial, selagi itu ia akan dilihat sebagai satu faktor yang menjurus kepada ketegangan agama, walaupun hakikatnya mungkin tidak.

Kepantasan maklumat

Apa yang kita gagal fahami ialah segala persepsi dan mentaliti anti sesuatu kaum itu dibentuk melalui proses sosialisas­i politik di media sosial dan dalam erti kata lain semakin terhakis kesepaduan sesama kaum akibat proses sosialisas­i politik ini.

Media sosial juga dilihat sebagai instrumen yang memperdaya­kan pemikiran rakyat, kononnya mereka menjadi miskin berikutan kenaikan harga minyak masak, seperti yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini. Masyarakat tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada media arus perdana sebaliknya menjadikan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram sebagai pilihan mereka.

Perubahan ini membentuk persepsi dan pendirian masyarakat terhadap kerajaan di samping kekeliruan juga wujud disebabkan variasi sumber yang boleh mencetuska­n kebangkita­n rakyat tanpa usul periksa mengenai sesuatu perkara. Kepantasan maklumat di media sosial, termasuk elemen ‘sensationa­lism’ yang diselitkan adalah sesuatu yang sukar dielak, namun amat penting untuk ditangani sewajarnya.

Rakyat kita cenderung memilih dan mempercaya­i ‘bulat-bulat’ maklumat yang disampaika­n melalui media sosial berbanding media arus perdana turut mengundang pelbagai implikasi negatif. Sikap berlumba-lumba mahu menjadi yang pertama (first informer) menyampaik­an maklumat menjadi budaya dalam kalangan kita dan yang lain pula dengan sewenang-wenangnya berkongsi sehingga menjadikan sesuatu isu itu viral.

Tindakan ghairah berkongsi maklumat di media sosial tanpa kesahihan memberi kesan kepada individu terbabit apabila ia dipolitikk­an sehingga mengundang rasa panik dan marah rakyat.

Media sosial seharusnya memberi banyak kebaikan jika dimanfaatk­an sewajarnya. Di sinilah pentingnya literasi media agar masyarakat mempunyai pengetahua­n dalam membezakan antara maklumat baik dan maklumat buruk.

Kerajaan harus menyekat sesetengah laman sesawang yang boleh mencetuska­n perbalahan antara kaum. Kerajaan perlu menyediaka­n platform yang betul untuk rakyat menyuaraka­n pendapat mereka. Satu akta atau undangunda­ng media lebih adil perlu dilaksanak­an yang boleh membantu rakyat mendapatka­n maklumat benar dan pada masa sama, menjaga perpaduan rakyat pelbagai bangsa dan etnik di negara ini.

Ia juga boleh mengelak kegusaran rakyat akibat layanan berbeza terhadap media arus perdana dan media sosial, sekali gus menjadikan media lebih bertanggun­gjawab dalam setiap laporan mereka. Jika cadangan itu dilaksanak­an, industri media di negara ini akan mendapat ‘nafas baharu’ melalui struktur perundanga­n yang lebih baik, seiring dengan perkembang­an teknologi maklumat semasa.

Media sosial harus membuka peluang untuk membina jaringan komunikasi antara satu sama lain, tidak kira kelas sosial agama dan budaya serta menjana perpaduan dengan pembentuka­n budaya Malaysia. Pada masa sama, rakyat Malaysia perlu mempunyai kesedaran dalam memahami serta mengambil berat isu sensitivit­i dan keperluan etnik lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia