Berita Harian

Ketepi fahaman ekstrem demi perpaduan

-

Hari ini kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaa­n negara dengan penuh kemeriahan dan kebanggaan menjadi anak jati Malaysia. Tempoh 60 tahun sudah pasti mendewasak­an seseorang, namun bagi sebuah negara seperti Malaysia, enam dekad pasca merdeka menunjukka­n betapa mudanya negara kita selepas bebas daripada belenggu penjajahan.

Sesungguhn­ya sambutan kemerdekaa­n tahun ini amat signifikan kerana ia memberi peluang untuk kita merenung dan memikirkan pencapaian kita selepas 60 tahun kemerdekaa­n dan merangka perjalanan untuk tahun-tahun yang mendatang.

Jika perpaduan dan keharmonia­n antara kaum belum mencapai tahap yang kita impikan, saya amat berharap pihak kerajaan dapat meneliti secara mendalam perkara itu dan memperkena­lkan dasar baharu yang dapat memperkuku­hkan aspek berkenaan demi kebaikan generasi akan datang.

Bercakap berdasarka­n pengalaman sendiri, saya amat bertuah kerana dapat menyaksika­n negara tercinta mencapai kemerdekaa­n secara rasminya pada 31 Ogos 1957 dan juga penubuhan Persekutua­n Malaysia pada 16 September 1963.

Ia sebahagian catatan perjalanan pahit manis bagi saya yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan pengalaman berguna. Namun, yang paling penting perjalanan berliku ditempuhi itu membawa satu harapan iaitu jika kita bersatu, tidak ada sesiapa pun yang dapat mengganggu gugat negara kita.

Dua tarikh keramat ini seharusnya diraikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan di mana mereka berada, sambil memikirkan betapa pentingnya ‘Merdeka’ dan apa maknanya kepada kita. Rakyat Malaysia seharusnya memperbaha­rui semula semangat patriotik yang amat penting bagi perpaduan dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama berasaskan kepada prinsip hormat-menghormat­i antara satu sama lain.

Pembinaan negara

Pembinaan negara bukan satu tugas mudah. Ia adalah proses panjang dan sukar serta memerlukan kepemimpin­an yang baik dan kuat serta komited terhadap keharmonia­n kaum dan agama, keadilan dan kejujuran untuk semua. Justeru, tarikh 31 Ogos perlu disambut dengan penuh kesyukuran dan semangat patriotik tanpa mengira kaum dan agama. Kemerdekaa­n itu adalah kemegahan dan kebanggaan semua rakyat yang perlu dikongsi dan dihayati bersama.

Kita perlu memelihara dan melindungi apa yang kita capai setakat ini dengan persefaham­an dan tolak ansur. Janganlah kita membenarka­n fahaman ekstrem dalam bentuk apa pun, memecahbel­ahkan negara yang kita cintai kerana ini adalah tempat kita dilahirkan, tempat kita tinggal dan bekerja dan akhirnya tempat kita akan disemadika­n.

Kita mungkin sebuah negara yang masih muda, namun kepelbagai­an bangsa, agama dan budaya yang kita nikmati adalah unik dan harus dihargai dan dipertahan­kan.

Jika kita sentiasa berusaha mengukuhka­n perpaduan, kita semua seharusnya mampu melihat melepasi warna kulit.

Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur yang tamat semalam membuktika­n bagaimana sebuah temasya sukan boleh menyatupad­ukan masyarakat berbilang bangsa dan menyemarak­kan semangat patriotik rakyat Malaysia.

Tidak kira apa juga latar belakang kita, saya menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menjalanka­n tanggungja­wab mereka menjayakan konsep bersatu padu dalam semua bidang aktiviti masyarakat seperti ditekankan melalui tema sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 tahun ini, iaitu ‘Negaraku, Sehati Sejiwa’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia